Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap aplikasi MySejahtera bermula malam semalam.
Katanya, antara penambahbaikan yang dilakukan ialah pengesanan untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.
Selain itu, daftar masuk pengguna pada skrin turut memaparkan status vaksinasi mereka.
Pasukan MySejahtera melakukan pembaharuan malam ini bagi memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.
Kemaskini Aplikasi MySejahtera
Semak aplikasi MySejahtera di telefon bimbit, Google play atau iOS disamping restart semula telefon anda. Proses kemaskini telah bermula malam tadi.
1- Buka Aplikasi playstore (android)
2- Klik gambar akaun (kanan atas)
3- Klik manage apps and device
4- Di overview, klik update available
5- Pilih MySejahtera dan update
“Ia akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” (twitter KJ)
Butang ‘daftar keluar’ disediakan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu. Ini bagi meningkatkan pengesanan kontak.
Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan.
Kerajaan sebelum ini memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap divaksin termasuk di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beberapa langkah perlu dilakukan mana-mana individu yang lengkap divaksin untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan.
Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vaksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan. -Utusan-
Terima kasih untuk makluman ini. Ruby dah update mySejahtera. Terima kasih Abah KJ yang update apps super laju. Hehehehe.
Ruby recently posted…Daftar Anak-Anak Sertai MILO® Champions Clinic: E-Coaching! Peluang Mendapat Bimbingan Bersama Jurulatih Kebangsaan
makin mudah dah mysejahtera sekarang ni. hari ni pon dah auto fully vaccinated. hihi
shamiera osment recently posted…Himaya Premium Hijab Medical Face Mask New Ambassador; Rozita Che Wan & Fundraising Campaign For National Cancer Council (MAKNA).