Site icon Geng Borak

Cara Kurangkan Kolesterol Yang Tinggi Dalam Badan

Makanan Sihat

Makanan berkolesterol dianggap sebagai penyebab utama penyakit kardiovaskular. Ini kerana makanan tinggi kolesterol mengandungi lemak tepu yang menggandakan risiko penyakit jantung, hipertensi dan diabetes.

Makanan tinggi kolesterol antaranya makanan segera atau ‘fast food’, daging yang telah diproses, susu dan produk olahannya, makanan bergoreng dan berminyak, makanan laut, bahagian dalaman haiwan, ais krim dan minuman bersoda.

Makanan tinggi kolesterol yang diambil dalam jumlah yang banyak, akan tersimpan pada dinding arteri dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Jadi, apa yang harus dilakukan setelah mengambil makanan tinggi kolesterol ini untuk mengurangkan kesan bahayanya?

Berikut adalah antara cadangan yang boleh dilakukan.

1. Minum air panas

Menurut satu kajian mengatakan dengan minum air panas telah menunjukkan kesan positif pada pertumbuhan mikrobiota usus, yang dapat membantu pencernaan makanan berkolesterol, tanpa mengganggu saluran cerna.

2. Minuman detoks

Minuman detoks adalah cara terbaik untuk membersihkan sistem pencernaan, membuang racun berbahaya, meningkatkan kekebalan, dan menyehatkan saluran pencernaan dengan lebih baik.

3. Ambil probiotik

Probiotik adalah organisma hidup yang membantu menyokong bakteria pada usus dan menjaga kesihatan sistem pencernaan. Makanan seperti yogurt, mengandung probiotik secara alami.

4. Makan buah dan sayuran

Buah-buahan dan sayuran adalah makanan terbaik untuk menurunkan kolesterol. Malah, ia turut membantu memperbaiki profil lipid.

Selain sayuran dan buah-buahan, kekacang dan bijirin juga baik untuk menurunkan kadar kolesterol.

5. Minum teh hijau

Satu kajian, mengatakan teh hijau berupaya membantu mengurangkan kolesterol yang beredar dan mencegah penyakit kardiovaskular yang terkait dengannya.

Polifenol aktif dalam teh juga membantu sistem pencernaan setelah mengambil makanan berat.

6. Hindari air atau makanan sejuk

Makanan berminyak perlukan masa untuk dicernakan. Oleh itu, minum minuman sejuk bersama makanan tinggi kolesterol akan membuatkan proses pencernaan semakin sukar sekaligus menyebabkan gangguan pada pencernaan dan masalah kembung.

7. Bakar sedikit kalori

Setelah makan makanan berkolesterol, lakukan senaman ringan seperti berjalan selama 30 minit, naik tangga atau apa saja bentuk aktiviti yang dapat membantu membakar kalori.

8. Jangan terus tidur selepas makan

Terus tidur selepas makan makanan tinggi kolesterol merbahaya kepada sistem pencernaan dan kesihatan secara keseluruhan.Selain menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan, ia turut mencegah pembakaran kalori sekaligus meningkatkan berat badan.

Selamat mencuba!

Exit mobile version