Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula 7 Julai 2021. Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan peminjam individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro yang terjejas akibat COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan.
Individu, perusahaan mikro ataupun PKS tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.
Ia selaras dengan pengumuman tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Untuk mendapatkan bantuan ini, sila hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021.
- Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon.
- Isi butiran peribadi dan butiran pembiayaan anda.
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
- Bank anda akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).
- Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan pihak bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.
Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka boleh terus berbuat demikian. Menyambung bayaran balik pinjaman akan memberi manfaat kepada mereka kerana tindakan itu boleh mengurangkan keseluruhan kos pinjaman.
Sejak bulan Oktober 2020, seramai 1.7 juta peminjam telah menerima bantuan bayaran balik pinjaman.
Bantuan bayaran balik pinjaman yang diperoleh pada tahun 2021 tidak akan menjejaskan laporan CCRIS anda.
Senarai Laman Web Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Institusi Perbankan
Berikut adalah senarai laman web institusi perbankan dengan butiran mengenai program bantuan bayaran balik pinjaman mereka.
Institusi Perbankan |
---|
Affin Bank Berhad Affin Islamic Bank Berhad |
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad |
Alliance Bank Malaysia Berhad Alliance Islamic Bank Berhad |
AmBank (M) Berhad AmBank Islamic Berhad |
BNP Paribas Malaysia Berhad |
Bank Islam Malaysia Berhad |
Bank Muamalat Malaysia Berhad |
CIMB Bank Berhad CIMB Islamic Bank Berhad |
Citibank Berhad |
HSBC Bank Malaysia Berhad HSBC Amanah Malaysia Berhad |
Hong Leong Bank Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad |
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad |
MUFG Bank (Malaysia) Berhad |
Malayan Banking Berhad Maybank Islamic Berhad |
MBSB Bank Berhad |
OCBC Bank (Malaysia) Berhad OCBC Al-Amin Bank Berhad |
Public Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad |
RHB Bank Berhad RHB Islamic Bank Berhad |
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad Standard Chartered Saadiq Berhad |
Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad |
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. |
Jika kalian memerlukan bimbingan atau mahu mencari bantuan bayaran balik pinjaman alternatif, sila hubungi AKPK melalui services.akpk.org.my
PKS (termasuk perusahaan mikro) boleh memohon mendapatkan bantuan khidmat nasihat menerusi saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/ Saluran bantuan dalam talian ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu mereka dalam membuat permohonan bantuan bayaran balik pinjaman.