Bantuan Prihatin Rakyat

Orang ramai boleh mengemukakan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah ini sebagai menyedari bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR, tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data kerajaan.

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah:

i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Wang Bantuan

Cara Memohon Rayuan BPR 2021

Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM,
https://bpr.hasil.gov.my ; atau
ii. Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

Permohonan Rayuan BPR 2021 secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MyBPR > Permohonan Rayuan. Log masuk MyBPR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya masih belum mendaftar MyBPR, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MyBPR bagi kaedah pendaftaran MyBPR di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.

Baca juga : KERAJAAN DIGESA BENARKAN ISINAR 2.0 DAN ILESTARI 2.0

Teguh Kita Menang Bersama BPR 2021

Pembuktian pendapatan pemohon atau pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Permohonan Rayuan BPR 2021 dibenarkan sekiranya berlaku perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 28 Februari 2021. Dokumen pengesahan perkahwinan berkenaan perlu disertakan semasa tempoh
permohonan rayuan dibuat.

2 Comments

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge