Bantuan zakat Pulau Pinang

Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah. Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Di bawah program ini, Zakat Pulau Pinang akan memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang bagi tahun 2022.

Bantuan Awal Persekolahan Zakat Penang

Syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022

Syarat-syarat:

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan Zakat

  • Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang

  • Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi  persekolahan.

  • Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.

  • Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.

  • Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.

  • Rujuk jadual pendapatan yang layak memohon dalam poster jadual di bawah:
Bilangan AnakPendapatan Kasar Isi Rumah
2 orang anakRM1500 dan ke bawah
3 orang anakRM2000 dan ke bawah
4 orang anak dan ke atasRM2500 dan ke bawah

Syarat-syarat umum bantuan

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  4. Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
  5. Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.

Tatacara permohonan bantuan

  • Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
  • Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga atau waris / penjaga.
  • Dokumen Utama (wajib disertakan) :
    • Salinan kad pengenalan pemohon, 
    • Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan

  • Dokumen Sokongan (jika perlu) :
    • Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
    • Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
    • Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
    • Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)

  • Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak atau tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
  • Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.
Bantuan Awal Persekolahan Zakat

Cara Permohonan Bantuan Persekolahan Awal

Dapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula hari ini, 8 November 2021.

WAKTU URUSAN DI KAUNTER

  • Isnin – Khamis (8.30pagi – 4.30petang)
  • Jumaat (8.30pagi – 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)
  • Sabtu (9.00pagi – 3petang – Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)
  • Ahad Tutup

Sila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi ketika memohon dan mengisi borang bantuan zakat.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2021.

Maklumat Lanjut Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022

Untuk info lanjut, sila rujuk ke saluran berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge