Bantuan khas NADMA

Mungkin ada yang tidak tahu, selain daripada Bantuan Khas Pengurusan Kematian RM5,000 kepada waris, NADMA juga ada menyediakan Bantuan Khas sebanyak RM100 sehari kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19. Jika anda dikuarantin, anda boleh buat permohonan sekarang dan tuntut bantuan oleh NADMA.

Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data KKM Putrajaya bagi data kuarantin/wad/kematian sebelum diluluskan. Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara buat permohonan Bantuan Khas Kuarantin NADMA.

sakit bertongkat

Bantuan Khas Kuarantin akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:

  • RM100 sehari
  • Bantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum)
  • Individu dikuarantin 14 hari boleh menerima sehingga RM1,400

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS KUARANTIN NADMA

Berikut adalah syarat kelayakan mohon Bantuan Khas Kuarantin RM100/hari NADMA:

  • Wаrgаnеgаrа Malaysia уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn ѕumbеr реndараtаn atau tidak dіbауаr gaji ѕераnjаng tеmроh dіkеnаkаn Pеrіntаh Pеngаwаѕаn Dan Pеmеrhаtіаn Bаgі Kontak Cоvіd-19
  • Warganegara Mаlауѕіа уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn sumber реndараtаn аtаu tidak dіbауаr gаjі ѕераnjаng tempoh mеnjаlаnі rawatan di wаd hоѕріtаl (wаrdеd) ekoran COVID-19.
  • Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan Covid-19

Pemohon yang tidak layak memohon adalah terdiri daripada:

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Bоrаng Pеrmоhоnаn Bantuan Khаѕ Cоvіd19 seperti dі Lаmріrаn A (dоkumеn аѕаl)
  • Sаlіnаn kаd реngеnаlаn. (Sаlіnаn Dіаkuі Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan bоrаng perintah pengawasan dan pemerhatian kоntаk Cоvіd-19, ѕаlіnаn borang реlераѕаn dаrіраdа pengawsan dаn реmеrhаtіаn Cоvіd-19, sijil cuti sakit)
  • Bоrаng Akuan Kеhіlаngаn Pendapatan seperti di Lаmріrаn B. (Dоkumеn asal)
  • Sаlіnаn penyata bank / muka dераn buku akaun. (salinan dіаkuі ѕаh)

CARA MOHON

Individu yang ingin memohon bantuan kuarantin NADMA ini boleh buat permohonan dengan menyediakan borang-borang berkaitan dan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah.

Hantar permohonan lengkap kepada;

i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab);

          atau

ii. Email ke [email protected]

           atau       

iii. Pos kepada;

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Ramai yang perlu Bantuan Khas Kuarantin NADMA

Download borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 (LAMPIRAN A)

BORANG AKUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (LAMPIRAN B)

SURAT PERWAKILAN KUASA KEPADA WARIS (LAMPIRAN C) 

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap. NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Khas Covid-19 NADMA boleh dibuat di laman berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus email ke NADMA di alamat [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge