Site icon Geng Borak

Cara Mohon Bantuan Kuarantin Rawatan NADMA, Sehingga RM1,400 Seorang

Bantuan khas NADMA

Mungkin ada yang tidak tahu, selain daripada Bantuan Khas Pengurusan Kematian RM5,000 kepada waris, NADMA juga ada menyediakan Bantuan Khas sebanyak RM100 sehari kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19. Jika anda dikuarantin, anda boleh buat permohonan sekarang dan tuntut bantuan oleh NADMA.

Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data KKM Putrajaya bagi data kuarantin/wad/kematian sebelum diluluskan. Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara buat permohonan Bantuan Khas Kuarantin NADMA.

Bantuan Khas Kuarantin akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS KUARANTIN NADMA

Berikut adalah syarat kelayakan mohon Bantuan Khas Kuarantin RM100/hari NADMA:

Pemohon yang tidak layak memohon adalah terdiri daripada:

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

CARA MOHON

Individu yang ingin memohon bantuan kuarantin NADMA ini boleh buat permohonan dengan menyediakan borang-borang berkaitan dan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah.

Hantar permohonan lengkap kepada;

i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab);

          atau

ii. Email ke bkcovid19@nadma.gov.my

           atau       

iii. Pos kepada;

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Download borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 (LAMPIRAN A)

BORANG AKUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (LAMPIRAN B)

SURAT PERWAKILAN KUASA KEPADA WARIS (LAMPIRAN C) 

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap. NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Khas Covid-19 NADMA boleh dibuat di laman berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus email ke NADMA di alamat bkcovid19@nadma.gov.my.

Exit mobile version