Bantuan URUS B40 dan B50

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan permohonan sumbangan wang tunai RM100 di bawah Inisiatif Wilayah Cakna kepada penghuni (pemilik atau penyewa) Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) DBKL boleh dibuat mulai hari ini.

Bagi penghuni yang membuat permohonan dan layak menerima bantuan akan mendapat sumbangan wang tunai bernial RM100 bagi setiap unit rumah melalui akaun bank masing-masing (melalui kaedah autopay) secara berperingkat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara penghuni PA dan PPR membuat permohonan sumbangan wang tunai RM100.

Bantuan RM100 DBKL

Cara mohon Bantuan PA dan PPR

  1. Layari laman sesawang eperumahan.dbkl dan pilih bahagian PENDAFTARAN.
  2. Pemohon perlu membuat carian menggunakan No. Kad Pengenalan bagi PEMILIK SENDIRI manakala Nombor Unit bagi PENYEWA
  1. Setiap penghuni wajib mengunci masuk maklumat yang tepat dan sah seperti berikut:
    i) Nombor Kad Pengenalan
    ii) Nombor Akaun Bank
    iii) Emel
    iv) Nama Bank
    v) Nombor Telefon
PPR e Perumahan

Info Penting

  1. Penghuni boleh mengunci masuk maklumat seperti di atas mulai 13 April 2020 hingga 15 Mei 2020. Jika nombor kad pengenalan tidak dijumpai, sila isi borang khas yang disediakan. Maklumat anda tidak akan disemak dan diperakukan oleh DBKL bagi menentukan kesahihan maklumat.
  2. Sumbangan ini layak kepada penghuni yang mendiami unit ini (pemilik sendiri atau penyewa) dan DBKL berhak menentukan penghuni layak menerima sumbangan ini.
  3. Penghuni boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing mulai 3 hingga 7 hari bekerja dari tarikh kemaskini.
  4. Kesilapan memberikan maklumat atau maklumat yang tidak sah akan menyebabkan penyaluran sumbangan LEWAT atau TIDAK BERJAYA

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dilakukan di [email protected]

Mereka yang masih belum menerima bantuan daripada DBKL boleh berhubung dan memastikan maklumat mereka dilengkapkan bagi membolehkan bantuan disalurkan.

sumber : http://eperumahan.dbkl.gov.my/

3 Comments

  1. saya telah membuat rayuan bpn menggunakan firefox dan internet explorer tetapi tidak berjaya. tetapi guna microsoft edge boleh. sesiapa yang dah hantar tapi rasa maklumat tidak betul boleh buat pembetulan/kemaskini dan hantar semula. kalau boleh buat sila buat sebelum bulan april berakhir supaya tidak terlambat.

  2. Masih belum menerima bayaran dari dbkl govid19 rm 100.

Leave a Reply to Lukman Nulhakim BIN NIDZOM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge