1Shares

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:

Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 – RM1,000 (One-Off)
Lulus permohonan baharu GKP 3.0 – RM1,000 (One-Off)

Siapakah yang layak permohonan baharu GKP 3.0?

Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021;
atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum
atau pada 28 Februari 2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Baca juga : Bantuan Tambahan RM500 One-Off Untuk B40 dan Penerima BPR

Kaedah permohonan GKP 3.0

Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM
tidak akan diterima.

Permohonan baharu GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 (15 hari)

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wang Bantuan

Kaedah Bayaran GKP 3.0

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP
hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan atau semasa yang aktif
sahaja.

Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan
kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di
talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

1Shares

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge