Site icon Geng Borak

Cara Mohon Pengecualian Vaksinasi Mysejahtera

mysejahtera

Mana-mana individu yang disahkan tidak boleh divaksin kerana faktor-faktor perubatan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Permohonan tersebut boleh dibuat di aplikasi MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan dengan mengemukakan Borang Khas Slip Pengecualian menerima vaksin COVID-19 bagi pesakit dengan masalah tertentu.

Jika permohonan lengkap dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan, sijil pengecualian akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu, jelas beliau.

Pakar perubatan akan menasihati jenis vaksin yang lain yang bersesuaian dan perkara ini ada dalam Garis Panduan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM). Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan.

“Sekiranya individu itu disahkan tidak boleh mengambil vaksin atasu sebab-sebab perubatan, individu tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih ketat secara kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan. Ini kerana individu tersebut lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Khairy (BN-Rembau) berkata demikian menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang minta Menteri Kesihatan menyatakan alternatif yang tersedia buat individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor-faktor berkaitan kemudaratan kesihatan; dan pewujudan dokumentasi yang dikhususkan bagi golongan tersebut untuk tujuan pergerakan fizikal.

Baca juga : Cara Kemaskini MySejahtera Fully Vaccinated
Terkini : Rentas Negeri Jumaat ini 90% Vaksinasi?

Mohon Pengecualian Vaksinasi Mysejahtera

Pengesahan pengecualian divaksin perlu disahkan oleh pakar-pakar berdaftar yang merawat individu terbabit. Dan pengecualian itu hanya kepada pesakit yang mempunyai masalah penyakit tertentu yang telah disahkan oleh pakar perubatan.

“Pertama pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu atau pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan yang berpakar, atau pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan,” KJ

Bagi kehilangan kad vaksinasi bagi individu yang tidak memiliki peranti digital, individu terbabit boleh memaklumkan kehilangan kad berkenaan kepada PKD terdekat. Prosedur tertentu akan diteliti untuk mengeluarkan semula kad vaksinasi tersebut.

Exit mobile version