Dengan kemajuan teknologi dan penemuan perubatan yang ada pada abad ini telah meningkatkan jangka hayat dan kualiti kehidupan, tetapi pada hakikatnya kos penjagaan kesihatan tetap mahal.
KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
Siapa Yang Boleh Memohon?
Keperluan
- Warganegara dan Bukan Warganegara
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Keperluan tambahan
- Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
- Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
- Tidak mendapat rawatan alternatif
Siapa Yang Layak Dibiayai?
- Diri sendiri
- Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
- Pasangan anda
- Adik-beradik anda (kandung)
- Anak-anak anda (kandung, angkat, tiri)
Baca juga : 8 Mac Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat
Apa Yang Dilindungi?
Kanser
Sistem Kardiovaskular
- Arrhythmia Requiring Device Insertion (Pacemaker/Defibrillator)
- Cardiomyopathy/Heart Failure
Endokrin/Perubatan
- Epilepsy & Movement Disorders Requiring Deep Brain Stimulation or Surgery
- Guillain-Barré Syndrome Requiring Immunoglobulin Treatment
Gastroenterologi/Hepatologi
- Chronic Inflammatory Bowel Disease
- Chronic Liver Disease
- Fulminant Viral Hepatitis
Sistem genitourinari
- Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
- Chronic Kidney Disease/Failure
Hematologi
- Aplastic Anaemia
- Haemophilia (Moderate to Severe – Factor Activity <5%)
Sistem saraf
- Alzheimer’s Disease
- Apallic Syndrome
- Benign Tumor Of Brain
Oftalmologi
- Advanced Diabetic Eye Disease – Diagnosed by Specialist
- Age Related Macular Degeneration (Armd)/Polypoidal Choroidal Vasculopathy (PCV)
Ortopedik
- Gangrene/Necrotizing Fasciitis Requiring Amputation
- Knee Injury Requiring Surgery/Implant/Graft
Sistem Pernafasan
- Bronchiectasis
- Chronic Lung Disease
Penyakit kanak-kanak di bawah 16 tahun
- Congenital Diseases Requiring Medical or Surgical Intervention Treated by Specialist Intellectual
Penyakit Mental
- Bipolar Mood
- Major Depression
Sistem Muskuloskeletal
- Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Major Organ Involvement
- Systemic Sclerosis/Scleroderma with Functional Impairment and/or Major Organ Involvement
Rheumatologi
- Ankylosing Spondylitis Active Disease with Functional Impairment and/or Disability
- Chronic Tophaceous Gout with Functional Impairment and/or Disability
Lain-lain penyakit
- AIDS/HIV
- Deafness
- Loss of Independent Existence
Apa Yang Boleh Dikeluarkan?
PENGELUARAN INDIVIDU | PENGELUARAN BERSAMA |
---|---|
Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah) | Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah) |
Pilihan Bayaran
Bayaran kepada ahli – Jika kos perubatan telah dibayar
Bayaran kepada institusi perubatan dalam negara – Jika kos perubatan masih tertunggak/belum selesai
Apa Yang Anda Perlukan?
- Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
- Laporan Perubatan – Penyakit Kritikal LPP-1
Dokumen tambahan yang diperlukan bagi institusi dalam dan luar Negara
Permohonan pengeluaran yang melibatkan Institusi Perubatan dalam dan luar negara memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan kesihatan. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk memastikan semua keperluan dokumen adalah lengkap bagi kelancaran proses permohonan.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak Borang Pertanyaan KWSP