Bantuan zakat sekolah negeri Perak 2021

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAMP) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah dan memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan.

Objektif pertama dalam Skim Bantuan Persekolahan adalah untuk anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna. Mereka tidak boleh tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan.

Objektif yang kedua iaitu membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan. Taraf pendidikan yang baik dapat membantu anak asnaf memperolehi pekerjaan yang sesuai dan berjuang untuk kelangsungan hidup serta menempatkan diri dalam masyarakat.

Bantuan sekolah Perak 2021

SYARAT UMUM SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN.

Dana zakat daripada Skim Bantuan Persekolahan disalur berdasarkan syarat umum berikut:

  • Pemohon / Penerima beragama Islam.
  • Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
  • Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  • Pemohon / Penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
Zakat Perak bantuan sekolah 2021

KAEDAH BANTUAN PENDIDIKAN.

Anak-anak asnaf diberi bantuan pendidikan secara:

  • Bayaran terus kepada sekolah.
  • Bagi permohonan bantuan kali pertama / bertukar sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua keluarga / penjaga atas nama pelajar.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah mendapat pengesahan dan sokongan daripada pihak sekolah (guru besar / pengetua).
Bantuan zakat pendidikan sekolah Perak 2021

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan anak-anak asnaf bolehlah bersama layari: www.maiamp.gov.my

Dapatkan borang permohonan di pejabat MAIAMP terdekat dan lengkapkan borang beserta dokumen seperti yang diminta. Pelajar juga boleh berurusan dengan pihak sekolah untuk permohonan zakat kali pertama.

Alamat ibu pejabat:

  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
    Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak
  • Tel: 05 208 4000
  • Email: [email protected]

Dalam harta kita ada hak anak-anak asnaf yang memerlukan pendidikan sempurna. Tunaikan hak mereka dengan berzakat di MAIPk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge