Telegram telah melepaskan kemas kini terbaru yang membolehkan pengguna mengimport perbualan daripada mana-mana aplikasi seperti KakaoTalk, WhatsApp ke Telegram.
Bagaimanapun, ianya hanya terhad kepada peranti iOS sahaja ketika itu. Kini, peranti Android mula menerima ciri yang sama dan membolehkan pengguna mengimport perbualan daripada WhatsApp ke Telegram.
Cara ini juga membolehkan anda beralih ke Telegram dengan tanpa perlu kehilangan perbualan lama di WhatsApp.
Berikut adalah cara untuk memindahkan perbualan ke Telegram bagi versi peranti Android.
Cara import perbualan daripada WhatsApp ke Telegram
Cara mengimport perbualan daripada WhatsApp ke Telegram menggunakan peranti Android adalah tidak terlalu berbeza berbanding peranti iOS. Bagaimanapun, disediakan beberapa langkah untuk lebih mudah difahami.
1. Pergi ke WhatsApp, pilih mana-mana kumpulan (group) atau perbualan individu. Tekan pada butang “tiga titik” dan pilih “More”.
2. Kemudian, klik pada “Export Chat” dan pilih sama ada ingin melakukan export bersama media atau tanpa media.
3. Di bahagian Share Menu, pilih Telegram.
4. Seterusnya, anda akan dibawakan ke tetingkap aplikasi Telegram. Di bahagian ini, anda boleh memilih sama ada ingin mengimport perbualan ke kumpulan baru ( tekan pada “Create New Group”), kumpulan sedia ada, perbualan individu atau Saved Messages. Setelah itu, tekan pada “Import”.
5. Anda perlu mengekalkan tetingkap tersebut sehingga proses mengimport perbualan selesai dilakukan.
Setelah selesai, tekan pada “Done” dan semua perbualan di WhatsApp akan dipaparkan di kumpulan baru Telegram. Perbualan yang telah diimport juga akan ditandakan sebagai “Imported”.
Untuk peranti iOS pun hanya lebih kurang sahaja langkah-langkah tersebut. Mudah saja kan?
Ramai yang tak tahu. Mujur abam baca kat sini. Tahu la jugak.
abambam recently posted…Jenis Seluar Melayu Yang Jarang Kita Ambil Tahu