Setiap rakyat Malaysia wajib kemaskini status kesihatan masing-masing di aplikasi MySejahtera. Berikut dikongsikan cara kemaskini MySejahtera yang dikongsikan oleh KKM.
Kegagalan berbuat demikian boleh didenda seperti yang dilaporkan Harian Metro baru-baru ini di mana seramai 31 pekerja di Perak masing-masing didenda antara RM1,500 dan RM2,000 kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka.
Namun difahamkan mereka yang didenda itu berdasarkan Prosedur operasi standard (SOP) ini merujuk kepada SOP pengilangan dan bukannya SOP Am.
Cara Kemaskini MySejahtera
1 – Buka Aplikasi MySejahtera
2 – Klik “Status COVID-19”
3 – Tekan butang “Start”
4 – Jawab 6 soalan yang disediakan dan klik “Submit”
5 – Masuk bahagian “Profile” dan klik butang “Refresh”. Selesai kemaskini.
Baca juga : CARA MOHON BANTUAN MORATORIUM ‘LOCKDOWN’ : B40, M40 DAN T20 LAYAK
Pemilik MySejahtera perlu kemaskini status sekiranya :
- ada simptom atau
- ada sejarah perjalanan keluar negara atau
- ada kontak rapat kepada kes positif atau
- terlibat dalam perhimpunan ramai atau kluster.
Mudah kan?
Sentiasalah kemaskini aplikasi MySejahtera di telefon bimbit kita.