Panduan mohon i Citra KWSP

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; danMempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Cara Mohon i-Citra secara Online

1- Layari https://icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN

2- Isikan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.

3- Tekan TERUSKAN dan sahkan identitu anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau soalan keselamatan.

4- Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN

5- Tekan TERUSKAN

6- Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN

7- Semak semua maklumat dan tandakan V sebelum tekan HANTAR. Selesai

cara mohon i-Citra KWSP RM5000

Sekiranya amaun Pengeluaran i-Citra menggunakan simpanan daripada Akaun 1, semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah itu, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Rasional bagi mengisi semula simpanan di dalam Akaun 1 adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran i-Citra.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan Simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

cara mohon i-Citra KWSP RM5000 online

Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge