Site icon Geng Borak

Cara Pengeluaran Duit ASNB Secara Online

ASB Online

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit. Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.

Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja. Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.

Cara keluarkan duit ASNB secara online

Pemegang unit boleh mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian secara percuma dari mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

(*kecuali cuti umum)
Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Klik pautan di sini berikut untuk cara-cara mendaftar myASNB.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa terutamanya dalam keadaan yang sukar, namun pada masa yang sama kami komited untuk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yang diinginkan.

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Exit mobile version