Sijil Pelajaran Malaysia

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bakal diumumkan pada Khamis, 16 Jun ini. Calon sekolah boleh mendapatkan dan semak keputusan SPM online daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media pada hari ini, Selasa, 7 Jun 2022. Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.

semak keputusan SPM
Gambar Hiasan

SPM 2021 menjadi peperiksaan utama yang paling mencabar untuk KPM kerana kita masih dalam proses pemulihan selepas pandemik C0VID-19 melanda dunia.

Walaupun ketika itu negara mengalami peningkatan kes C0VID-19, namun peperiksaan SPM tetap dijalankan seperti yang dijadualkan mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan pada ketika itu. Kini Semak Keputusan SPM Online dibuka hingga 24/6/2022 jam 6:00 petang.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge