Cara solat ketika sakit

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilakukan dalam semua keadaan kerana tidak ada keuzuran yang boleh meninggalkan solat kecuali hilang akal. Namun, Islam telah memberi kelonggaran kepada pesakit-pesakit untuk melakukan solat mengikut kemampuan yang ada pada mereka.

Ramai diantara kita tidak tahu cara menunaikan Solat ketika sakit sedangkan kita mampu menunaikannya. Berikut adalah panduan atau cara untuk menunaikan solat :

1. SOLAT SAMBIL DUDUK

• Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
• Mengadap kiblat.
• Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
• Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
• Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.
• Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

Cara solat duduk

2. SOLAT BARING MENGIRING

• Mengiring di atas rusuk kanan.
• Muka dan dada mengadap kiblat.
• Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
• Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

Solat mengiring 1
Solat mengiring 2

3. SOLAT BARING MELENTANG

• Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
• Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
• Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas
• Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
• Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.

Solat baring telentang 1
Solat baring telentang 2

4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA

• Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
• Kaki menghala ke arah kiblat.
• Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI
• Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments