Cara Set Huruf Jawi di Handphone

Mungkin ada yang belum tahu cara taip huruf jawi di handphone kan? Sebenarnya mudah je nak setkan keyboard jawi ni melalui handphone masing-masing.

Tak perlu install apa-apa apps dan tak perlu nak download apa-apa.

Confirm tak habis data.

Ini cara setkan keyboard jawi di telefon pintar.

1. Pilih “Setting”

Setting Jawi

Mula-mula pergi dekat bahagian setting keyboard telefon pintar masing-masing.

Mungkin beza sikit ikut jenis handphone. Jika guna handphone Oppo, dia ada di “Additional Setting”.

setting keyboard

Lepas tu jumpa “Keyboard & Input Method” tekan situ.

Kemudian pergi bahagian “Available Keyboard” > Multilingual Typing

setting jawi phone

2. Pilih Bahasa

select jawi arab

Lepas tu bolehlah pilih keyboard jawi yang kita nak tu dekat bahagian setting “Languages”.

Nanti akan keluar semua senarai tulisan. Nak senang taipkan terus arab atau malay.

Nanti dia tapis pilihan tu lagi mudah dan cepat kita dapat pilih.

OK select Malay (Arabic).

3. Tekan “Add Keyboard”

bahasa keyboard

Tekan butang “Add Keyboard” yang dekat bawah tu. Siap.

Nanti bila kita nak taip, dia akan terus keluar keyboard Jawi.

Jadi sudah bolehlah taip huruf Jawi sama ada dekat FB ke, WhatsApp ke, Google atau apa-apa jenis fail dokumen lain di handphone.

Manalah tahu ada kerja sekolah anak kena guna tulisan jawi lepas ini. Bolehlah buat dekat handphone sahaja.

Mudah je kan?

Nanti bila nak taip rumi, tekan je dekat simbol bumi tu untuk tukar semula dari Jawi – Rumi dan sebaliknya. Handphone lain mungkin lain sikit tapi caranya lebih kurang sama saja. Yang penting kena cari keyboard setting tu.

Kalau nak cara cepat convert tulisan rumi ke jawi boleh juga guna ni: http://www.ejawi.net/converterV2.php Terus taip ayat yang kita nak dan copy paste ke mana-mana medium yang kita nak.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge