Undi Pilihanraya

Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun. Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan, hilang kelayakan dan pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.

Dalam beberapa tempoh tertentu, ramai yang mencari cara tukar kawasan mengundi berikutan sudah berpindah dari alamat yang sebelum ini.

  • Bagaimana nak semak maklumat mengundi?
    • Semakan maklumat pemilih sila klik di sini.

  • Bagaimana nak mengundi? – Sebelum Pilihan Raya

Semak butiran peribadi pengundi dalam daftar pemilih melalui Portal SPR, SMS ataupun menghubungi Call Centre di talian 03-8881 0081.

Selepas pembubaran, semak pula kedudukan pusat mengundi yang telah ditetapkan kepada anda.

  • Semasa Tempoh Berkempen
    • Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.
    • Anda juga boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

  • Semasa Hari Pengundian
    • Datang awal ke Pusat Mengundi
    • Dapatkan slip Saluran Mengundi di Barong Semakan SPR
    • Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda
    • Bila dibenarkan masuk ikuti prosedur berdasarkan poster 7 langkah
    • Segera beredar selepas mengundi. Pusat mengundi adalah kawasan larangan. Bagi warganegara yang namanya telah tersenarai dalam daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya, mereka diperlukan hadir sendiri ke tempat-tempat mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR untuk mengundi.

Baca juga : Cara Daftar Online Pengundi Baru di MySPR Daftar

Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh SPR untuk membuat pembetulan maklumat seperti agama, bangsa dan Kad Pengenalan?

  1. Pembetulan apa-apa butiran maklumat yang kecil seperti agama dan bangsa diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dihantar ke Ibu Pejabat SPR untuk kelulusan.
  2. Pembetulan nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar dalam tempoh dua (2) minggu.
  3. Untuk mempastikan butiran maklumat pemilih tepat dan terkini, dinasihatkan supaya pemilih menyemak nama mereka dan jika ada keperluan, pemilih boleh membuat permohonan untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam Kad Pengenalan.
Cara Tukar Kawasan Mengundi

Apakah prosedur bagi pemilih berdaftar membuat pertukaran alamat pusat mengundi dan di manakah urusan tersebut boleh dibuat?

Pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN).

Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A. Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.

Kenapakah SPR tidak boleh menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar secara automatik apabila seseorang itu telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan?

Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.

Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Cara Tukar Kawasan Mengundi

Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Itulah cara tukar kawasan mengundi yang betul bagi mereka yang ingin kepastian sebenar.

Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge