Site icon Geng Borak

Cara Uruskan Wang Tak Patuh Syariah

Cara Uruskan Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Tak Patuh Syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.

Harta atau wang tidak patuh syariah adalah haram, tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga, sebagaimana yang dapat difahami dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah..” (Al-Baqarah 2:188)

Firman Allah SWT mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”. (Al-Nisa’ 4:29)

Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

Baca juga : EGUMIS – Cara Tuntut Wang Yang Tidak Dituntut Online

MAIWP melalui Bahagian Baitulmal menerima wang tidak patuh syariah yang ingin diserahkan oleh orang Islam untuk disalurkan bagi kegunaan seperti yang digariskan oleh hukum. Orang awam yang ingin menyerahkan wang atau harta tidak patuh syariah boleh hadir ke Baitulmal MAIWP untuk urusan selanjutnya di mana resit terimaan akan dikeluarkan oleh MAIWP.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi melalui email atau datang terus ke pejabat Baitulmal.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)
Aras 1,7,9-11,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 4047 9444 No. Faks : 03- 4044 9444
baitulmal@maiwp.gov.my

Exit mobile version