Ujian ni boleh dikatakan ujian baru atas nama SPiER Penguasa Kastam KP41. Setelah kami teliti, ujian ini adalah lebih kurang saja dengan Ujian Psikometrik jadi rujukan Psikometrik boleh digunakan untuk SPiER.
Apa itu SPiER?
Ianya adalah Sistem Pemprofilan Rekrutment yang dikendalikan terus oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN / MOHA) dan dijalankan untuk agensi / jabatan di bawah KDN sendiri. Jadi soalan mereka lebih terfokus kepada payung KDN berbanding soalan Psikometrik SPA yang lebih umum untuk penjawat awam secara kasar..Tapi dasar penilaian masih sama iaitu;
- penilaian minat kerjaya
- penilaian personaliti
- penilaian nilai pekerjaan
Secara umum penilaiannya adalah sama. Tetapi lebih terkhusus pada pihak KDN dari aspek susunan soalan kerana ianya dikendalikan terus kepada database KDN. Jika anda perasan, exam nanti akan terus di web https://psikom.moha.gov.my/spier/ iaitu Ministry of Home Affairs (MOHA / KDN).
Akan ada basic profiling peribadi anda terus didaftarkan ke pihak KDN sebelum ujian Psikometrik dilaksanakan. Ianya terangkum dalam SPiER tetapi penilaian utamanya adalah sama seperti rujukan psikometrik yang kami cadangkan ini.
Dipanggil ke Ujian SPiER? Dapatkan –>> Rujukan Soalan Psikometrik