Dato’ Hj Adiputra membuat laporan polis berhubung salahguna surat yang dilakukan oleh Pengurus Pasukan (KKFC), Shaharol Asafali.
Kenyataan media rasmi.
Saya pengarah urusan yayasan hadi menarik balik sokongan dari kuala kangsar football club (kkfc) kerana dapati pemalsuan documen dan menyalah documen oleh pengurus pasukan (kkfc) @shah3lion Shaharol Asafali. Saya juga telah membuat laporan ke PDRM untuk menyiasat dan serah pada pihak berkuasa untuk tindakan.
Terdapat juga audio rakaman Shaharol Asafali berkata tidak ada Duta Adi Putra sedangkan majlis pelancaran mengatakan ADA. Dan beliau nak naikkan nama saya dalam industri seni yang dah LAMA TENGGELAM katanya. “Hairan dan pelik juga kan”
Alhamdulillah dan saya bersyukur pada Allah setiap Pangkat, Darjat, Rezki ketentuan Allah dan bukan ditangan Manusia.
Apa pun, saya mendoakan kepada (kkfc) semoga maju jaya.
Nota: fitnah akhir zaman, setiap terjadi ada hikmahnya, Alhamdulillah.
Nantikan 4 buah filem yg belum ditayangkan, Air Force the Movie, Mat Kilau, Jerangkung dalam Almari dan Syaaban. (Dimana tenggelamnya ya)
Sumber : Instagram Dato’ Hj Adiputra