Jamali Shadat meninggal dunia 2021

Pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 79, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada pukul 8.15 pagi Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Fauzi Jamali, 49, ketika dihubungi mStar sebentar tadi.

Menurut Fauzi dia menyedari pemergian bapanya selepas isterinya, Siti Zabedah Sood, 38, mahu mengejutkan bapanya untuk makan sarapan.

Datuk Jamali Shadat Meninggal dunia 2021

“Saya menyedari mengenai kematian dia bila isteri saya mahu mengejutkan ayah untuk makan sarapan tapi bila dia tak sedarkan diri terus saya hubungi klinik berdekatan.

“Doktor kemudian mengesahkan ayah sudah meninggal dunia pukul 8.15 pagi tadi,” katanya kepada mStar.

Fauzi turut mengatakan Allahyarham bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan cuma selera makannya berkurangan pada malam Selasa.

“Ayah tiada apa-apa perubahan cuma semalam bila isteri saya suapkan makanan, dia hanya makan tiga empat sudu sahaja, kalau tidak sebelum ini dia berselera makan macam biasa,” katanya.

Datuk Jamali Shadat
Kenangan Allahyarham Datuk Jamali Shadat bersama Hamid Gurkha

Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Ar-Rahman, Pulau Indah. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, selepas solat Zohor.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang meninggalkan lapan anak dan 39 cucu.

Di zaman kegemilangannya pada tahun 1980-an, pelawak ini cukup dikenali dengan kebolehannya melakonkan watak kanak-kanak bernama Atan bersama datuknya.

2 Comments

Leave a Reply to Dwi Wahyudi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge