Site icon Geng Borak

Didik Jiwa Berkorban Walau Baru Bertatih

kambing

Korban berasal dari perkataan Bahasa Arab qaruba – qurban.

Asal maksudnya adalah hampir. Rakan karib (qarib) maksudnya rakan baik yang hampir. Akrab (aqrab) maksudnya rapat.

Di dalam al-Quran, korban (qurban) diertikan sebagai pemberian untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Pengorbanan adalah roh kepada Islam. Kisah dakwah dan perjuangan semuanya adalah kisah pengorbanan. Bahkan tiada kejayaan dalam apa jua bidang kehidupan tanpa pengorbanan.

Allah SWT memberi manusia segala sesuatu yang asalnya tidak mereka miliki. Kemudian Allah menyuruh mereka mengorbankan segala yang dipinjamkan untuk dikurniakan syurga yang jauh lebih hebat.
Tetapi, terdapat manusia yang tidak faham lalu menjadi lokek.

Ada masa Allah SWT beri, manusia pula lokek lalu berkira-kira untuk memberi masa kepada agama Allah SWT.

Ada harta Allah bagi, manusia lokek juga dan tidak mahu infak. Ada pengetahuan Allah beri, manusia masih lokek juga dan mahu pengetahuan itu eksklusif untuk dirinya sahaja.

Mengusahakan diri agar mampu berkorban adalah tanda iman yang hidup dalam diri.

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ

Kamu tidak akan mencapai kesempurnaan kebaikan (iman dan amal) hinggalah kamu infak (sumbangkan) sebahagian yang kamu sayangi (harta, masa dll) …” (Aali Imran: 92)

@shamieraosment

Jom buat Ibadah Korban dengan Aeon Retails Mall. Mudah dan daging korban di jamin bersih dan tejaga kualitinya semasa di agihkan. Maklumat lanjut di nearest Aeon Mall,Aeon Big or Aeon Max Value. #ibadahkorban #korbanmudah #ustazdondaniyal #ibadah

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Pengorbanan terbaik adalah pengorbanan yang menyeluruh.

Imam al-Banna menyebut pengorbanan itu sebagai: “Mengorbankan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala-galanya demi mencapai matlamat yang dikehendaki.”

Memilih-milih sebahagian yang akan dikorbankan dan lokek terhadap sebahagian yang lain adalah tidak tepat dengan roh Islam.

Allah tidak mahu manusia hanya mengorbankan jiwa tetapi lokek harta atau korbankan harta tapi lokek jiwa.

Bacalah ayat al-Quran dan kita akan mendapati seruan Allah adalah korban bagi segalanya.

Didiklah jiwa agar mampu berkorban walau bertatih. Buang kecintaan kepada harta dan kepentingan diri sendiri. Humbankan sifat lokek kerana jiwa yang pemurah sahajalah yang akan berjaya.

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat lokek, maka merekalah orang-orang yang berjaya.“ (Al-Hasyr: 9)

جدر الناس بالكرامة عبدٌ *** تلفت نفسه ليسلم دينه

Manusia yang paling layak mendapat kemuliaan adalah seorang hamba yang jiwanya hancur agar agamanya hidup.”

Allahul Musta’an

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Exit mobile version