Orang Bangladesh bila masuk kandang depa akan tanya mana yang paling besar. Tapi kebanyakan kita bila korban selalu tanya “ada tak yang murah dan cukup umur”. Inilah yang penting dalam didik jiwa kita dalam ibadah qurban.
Bila nak buat qurban, pastikan cari yang paling banyak daging sebab lebih banyak manfaat untuk penerima.
Sisi gelap yang berlaku dalam dunia qurban ni adalah banyak yang collect dengan nilai paling tinggi tapi pilihan binatang korban dengan nilai yang sangat rendah. Berpadalah dalam mengambil untung ya.
Paling membimbangkan korban luar negara, saya pernah tengok satu claim berkaitan buat korban di Kemboja / Africa dengan angka mencecah 3000 ekor. Pengalaman peribadi ke Kemboja memang agak sukar atau mustahil untuk menguruskan urusan korban dan serahan sebanyak itu. Malah saya membayangkan kat mana la tempat nak uruskan lembu sebanyak itu.
Baca juga : Hati-hati Dengan Pakej Badal Haji, Pastikan Siapa Pelaksananya
Nilai Pasaran Lembu Bukan Murah
Ada iklan korban di Africa dengan kos RM250 satu bahagian, sedangkan nilai pasaran lembu di sana tidaklah begitu murah. Sebab tu dalam ibadah korban yang paling baik buatlah ditempat yang berdekatan dan tempat yang kita bekerja cari rezeki. Sunat kita tengok binatang korban kita. Maslahah ni nak elak dari kes-kes penipuan juga.
Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya. Didik jiwa dalam ibadah qurban kita.
Bayangkan kalau dapat buat collection 1000 ekor untuk buat korban, kutipan Rm800 satu bahagian total dapat RM5600. bila ke kandang beli lembu yang kurus dan kecil dgn harga RM4000 maka keuntungsn selepas tolak kos upah sembelih dan lapah adalah sekitar RM1500.
Total untuk 1000 ekor bersamaan PROFIT 1.5 juta Ringgit. Inilah yang maksud yang berlakunya sisi gelap ibadah qurban.
Saya sarankan untuk tahun ni, peserta-peserta carilah Surau, Masjid atau madrasah di kawasan berdekatan ya. Ambillah kesempatan untuk uruskan binatang korban sendiri . Biar puas hati dalam ibadah ni.
Alhamdulillah minggu ni sempat datang Ziarah lembu kami yg di fidlot di Tenang agro farm Kuala Nerang, anggaran semua akan cecah 100kg bersih untuk daging sahaja menjelang Raya Haji.
Demi Allah sepanjang 4 tahun dah buat korban di MADAD, kami merekodkan kerugian yang konsisten, sebab collection daripada peserta hanya RM4900 untuk seekor lembu. Tapi tahun lepas kami bayar lembu seekor semua atas RM4900. So memang tiada profit langsung malah perlu di absorb kos tahun lepas ja dekat RM30 ribu untuk hampir 100 ekor.
Baca juga : Didik Jiwa Berkorban Walau Baru Bertatih
Ingat ya, Tak semua buat murah tu tipu, cuma kena hati hati. banyak juga NGO yang telus dan buat betul siap beraudit.
Kalau betul nak buat beli tiket p sana terus biaq puas hati. Beli tiket tu pun dah dapat pahala sambil isi masa untuk khidmat umat.
Doakan ya projek korban kerjasama MADAD , AAA dan KIUT dapat bagi manfaat sebaiknya.
p/s : Saya tak jual lembu korban ya. cuma pelik amcam mana harga daging mentah di sebahagian negara luar lagi mahal dari harga kita. Apatah lagi lembu hidup. Sepatutnya lebih mahal bukan murah.
FB : Mohammad Yaakub Yusra
Murtadha Dakwah Centre
Tempah Lembu dan Kambing Qurban 2022
Hukum melakukan ibadah korban ialah sunat muakkad yang bererti seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang ditanggungnya pada siang hari raya haji dan malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak melakukan korban maka hukumnya adalah makruh.
Buat pilihan yang terbaik untuk ibadah qurban dan mereka yang boleh dipercayai. Didik jiwa dalam ibadah qurban untuk diri semestinya dan juga keluarga.
Bagi yang ingin melaksanakan ibadah qurban pada tahun ini di beberapa lokasi seperti Sudan, Afrika Selatan, mekah dan juga di Malaysia, boleh terus ke QURBAN 2022
Pilihan lain tempahan ibadah qurban adalah melalui Let’s Qurban yang melakukannya di dalam dan luar negara.
Alhamdulilah, buat masa ni keluarga Sis semua dah selesai jalani aqiqah dan kurban, jika ada rezeki bolehlah buat lagi untuk panjangkan sedekah…
Sis Lin recently posted…PANTAS, MUDAH DAN LAZAT UNTUK MAKAN MALAM KELUARGA ORGANIK DENGAN ALCE NERO
Tahun nie baru lah ada rezeki suami Kak Sue nak buat korban untuk anak sulung. InsyaAllah ada rezeki lagi buat untuk dua orang lagi anak pulak lain tahun..
Kak Sue recently posted…Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam