doa keampunan

Tiga perkara yang perlu kita bimbang berlaku ke atas diri apabila terkena doa orang teraniaya, fitnah dan zaliminya. Ini kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan oleh Allah SWT.

Kita bukan saja dituntut bersikap ihsan kepada binatang tapi tentunya pada Allah dan juga makhluk iaitu sesama manusia. Jika hilangnya sifat belas ikhas dan hati kita, maka seolah-olah kita menganiaya orang lain pula.

Salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas pernah berdoa kepada Allah SWT supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya: “Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, bangun memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Solat

Allah SWT memperkenankan doa Saad bin Abi Waqqas itu. Perawi hadis berkenaan mengatakan, selepas berpuluh tahun, beliau sampai di Kufah. Di sana beliau mendapati di tepi jalan ada seorang lelaki yang cukup tua.

Dikatakan mengenai diri lelaki itu kelopak matanya jatuh manakala bulu mata dan kening semuanya sudah gugur. Dia hidup dalam keadaan sangat terhina duduk di tepi jalan sambil mengangkat tangan untuk meminta sedekah.

Ada anak muda yang seusia dengan cicitnya turut diganggu. Perawi hadis itu bertanya, “Wahai orang tua, sebab apa kamu jadi terhina seperti ini?”

“Sedangkan orang tua sama usia dengan kamu berada di masjid beribadat kepada Allah, tetapi kamu duduk tepi jalan meminta sedekah dan mengganggu anak-anak perempuan seusia dengan cicit kamu.”

Lelaki itu berkata, “Aku jadi begini kerana aku terkena doa orang yang difitnah. Dulu aku memfitnah sahabat Nabi bernama Saad bin Abi Waqqas. Dia berdoa kepada Allah, maka hari ini kamu melihat aku dihina sebegini kerana doa Saad bin Abi Waqqas.”

Riwayat itu membuktikan doa orang yang dizalimi dibenarkan syarak. Justeru, hidup di dunia ini jangan sesekali kita cuba menganiaya orang lain. Malah, Allah SWT sebagai Tuhan pun mengharamkan Dia melakukan kezaliman.

Dalam satu hadis qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai hamba-hamba Aku, sesungguhnya Aku mengharamkan Aku melakukan kezaliman.”

Baca juga : Mustajabnya Doa Al-‘Afiyah, Ayatnya Pendek Tapi POWER

Doa orang teraniaya

Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Ingatlah, doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa saja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge