Doa apa pun juga amat disukai Allah, termasuk lah doa cepat jodoh suami atau isteri serta rumahtangga bahagia memang sasaran kebanyakan kita dalam hidup ini. Bagi si bujang, usaha dah banyak dilakukan untuk bertemu jodoh sesuai. Namun semuanya hampa. Bagai ada yang tak kena.
Bagi yang sudah berkahwin pula, rumahtangga aman damai memang jadi dambaan.
Selisih faham, gaduh manja-maja perkara biasa, sebab kita bukan pasangan sempurna pun. Namun jika sering bergaduh besar, maka perlu ada usaha untuk perbaiki hubungan.
Jangan terus salahkan takdir atau putus asa. Cepat putus asa adalah tanda kita tidak beriman. Kita ada Allah untuk memohon pertolongan.
Amalan Doa Cepat Jodoh
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Amalkan secara konsisten bacaan surah Yusuf & Thoha selepas solat subuh.
Insya Allah, melihatkan konsistensi, kita akan dikurniakan rezeki yang tak ternilai iaitu bertemu jodoh dan persefahaman antara suami isteri.
Allah lembutkan hati, tenangkan fikiran kita maka apa juga masalah mendatang ia dapat diatasi secara matang. Kebahagiaan ini sukar dijual beli dan ia jugalah punca mengalirnya rezeki masuk dengan lancar, kerana ada keberkatan dalam rumahtangga.
Ikuti perkongsian rumahtangga bahagia amalan ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Baca dua ayat ini selepas solat subuh sebanyak tiga kali atau lebih :
1. Bacalah surah Yusuf, ayat 4
اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ.
(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”
2. Kemudian sambung surah Thoha, ayat 39
وَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ
Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan agar engkau diasuh di bawah pengawasan-Ku.
Baca juga : 17 Petanda Seseorang Lelaki Itu Sedang Jatuh Cinta Dengan Anda
Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di atas sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. InsyaAllah hubungan suami isteri tambah intim atau juga boleh dibaca sebelum tidur.
Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, InsyaAllah akan dipermudahkan.
Jika dibaca setiap kali selepas solat-solat fardhu sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang. Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca Doa Cepat Jodoh di atas lalu sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.
Banyak fadhilat ayat-ayat ini, amat beruntung jika diamalkan selalu.
Baca juga : Jodoh Tak Disangka, Daripada Tak Suka Boleh Jadi Sayang
Ada yang masih belum bertemu jodoh?
Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA.
Seramai 1,094,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.