Site icon Geng Borak

Doa Umur 40 Tahun, Syukur Nikmat ALLAH

doa

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.

Menganjak ke umur 40 tahun, adalah ingatan kepada kita supaya berhati-hati. Ramai juga tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini.

ALLAH swt. berfirman dalam surah al-Ahqaf: 15

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ

وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life begins at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia.

Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Baca juga : 7 Doa Penenang Hati Hilangkan Stress, Sedih Dan Gelisah

Mula jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut. Mula jadi orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja. Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua. Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.

Terima kasih kepada mak, arwah ayah, abah, arwah mak mentua, adik beradik, kesemua keluarga dan sahabat handai yang jauh dan dekat, yang pernah bersua atau di alam maya.

Jom kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dan istighfar setiap hari minimum 1000x

Alhamdulillah…
Fi Amanillah…
40th
17/12/2021

Exit mobile version