Diet Roti

Mula berdiet dan turunkan berat badan tahun lepas, membuatkan dirinya terus nekad untuk memiliki tubuh badan ideal dan kurus. Jika sebelum ini dirinya seberat 142kg tetapi kini dia hanya seberat 88kg.

Menurut Alif Fahmy, yang merupakan pengawal keselamatan berkata, dia sungguh berpuas hati dengan apa yang dilakukannya kini.

Alif Fahmy dulu

“Tiap-tiap tahun saya berazam mahu kurus tetapi tidak kesampaian. Namun tahun lepas saya mula fikir tentang kesihatan saya untuk masa akan datang.

“Sampai bila saya nak berat berlebihan seperti ini?Jadi kepentingan diet itu mula muncul dalam diri dan saya nekadkan diri untuk mula berdiet.” Jelasnya kepada MASKULIN.

Dia mengakui dirinya ada sukakan seseorang atau erti kata lain ‘crush’ membuatkannya lebih berkobar-kobar ingin kecapi matlamat dan berjaya turunkan berat badan. Dia menjadikan pekara itu sebagai pembakar semangat untuk dirinya untuk terus berusaha.

alif fahmy kurus

Bertanya bagaimana dia mengalamkan diet pemakanan, dia sempat berkongsi dia hanya mengurangkan makan sama seperti sesetengah orang.

“Lain orang lain cara dietnya macam saya, saya hanya kurangkan makan. Breakfast saya akan makan roti wholemeal atau buah-buahan sahaja, tengah hari baru saya makan nasi dengan lauk yang ada sahaja.

“Malam pula saya jarang makan, jika makan pun saya akan makan roti wholemeal itu sahaja sekadar untuk hilangkan rasa lapar itu.

“Tetapi saya totally cut off terus air manis dan banyakkan minum air kosong. Dalam masa yang sama, saya juga amalkan air lemon tanpa gula selama setahun dan Allhamdulillah kini saya dapat berat badan yang saya inginkan” kongsinya lagi.

alif fahmy tip kurus

Bercerita tentang apakah antara halangan dan cabaran yang dia lalui ketika berdiet, dia memberitahu antara cabaran terbesar yang dia lalui adalah terbayang makanan fast food yang dia nikmati sebelum ini. Namun, dia harus kuat dan menganggap itu sebagai dugaan serta ujian buat dirinya.

Soal senaman pula dia memberitahu ketika mula diet dirinya ada juga pergi hiking namun kerana beberapa faktor, jadi dia lebih selesa melakukan senaman di rumah.

alif fahmy diet

“Saya buat ringan-ringan sahaja. Saya lebih selesa buat senaman cardio di rumah. Dulu-dulu ada lah pergi hiking maklum lah saya nak pergi jogging tak mampu, jadi saya buatlah apa yang patut.

“Nasihat saya kepada orang ramai di luar sana yang mana sedang struggle nak turunkan berat badan itu, jangan berputus asa.

“Memang ada masanya kita akan rasa down kerana ia mengambil masa yang lama untuk diet tetapi fikir balik segala nikmat selepas kita dapat berat yang kita impikan itu.

Alif Fahmy

“Jika kita benar-benar mahu kurus, kita mesti konsisten barulah tiada istilah ‘tak boleh’. Cuba bayangkan kenapa orang lain boleh, kita tak boleh pulak?

“Semangat perlu kuat dan tiada jalam mudah untuk capai kejayaan” Katanya yang sempat memberi kata semangat kepada semua yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan.
Maskulin

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge