Elon Musk miliki Twitter

Hartawan dan pemilik syarikat Tesla, Elon Musk akhirnya membeli Twitter dengan nilai AS$44 bilion (RM207.6 bilion). Elon Musk seringkali hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang. Berjaya membangunkan Tesla dan Space X sekaligus berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.

Beberapa media melaporkan, langkah itu dilakukan dengan pemecatan ketua pegawai eksekutif (CEO), ketua pegawai kewangan (CFO) dan ketua hal Ehwal undang-undang serta dasar Twitter yang berkuat kuasa serta-merta.

CEO Twitter, Parag Agrawal dan CFO Ned Segal serta Vijaya Gadde tidak lagi bersama syarikat media sosial tersebut, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

Elon Musk Twitter

Saham Twitter akan digantung

Musk memaklumkan, pemecatan tersebut dilakukan kerana barisan eksekutif tertinggi Twitter mengelirukan beliau dan para pelabur. Ini adalah berhubung jumlah akaun palsu di platform media sosial berkenaan.

Agrawal dan Segal dilaporkan berada di ibu pejabat Twitter di San Francisco ketika perjanjian itu dimeterai dan mereka juga diiring keluar dari pejabat masing-masing.

Laman web Bursa Saham New York memaklumkan, saham Twitter akan digantung daripada dagangan.

Dalam pada itu, Musk memberitahu, beliau memberi Twitter untuk membantu masyarakat dunia. Elon Musk mahu ‘tamadun manusia mempunyai ruang digital yang sama’.

Pada awal minggu ini, Musk menghantar ciapan video menunjukkan beliau berjalan ke ibu pejabat Twitter di San Francisco sambil membawa sinki dapur dengan kapsyen ‘Let that sink in!’. Beliau juga menukar profil Twitternya kepada ‘Chief Twit’.

Baca juga : Laku Keras! Tempahan Melangsungkan Perkahwinan di Angkasa Lepas Pada 2024

twitter app

Selain itu Musk sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membanteras bot spam di twitter. Dan menghasilkan algoritma yang membolehkan pengguna secara terbuka menentukan isi kandungan dan menghalang platform itu daripada menjadi ruang jenayah kebencian.

Selain dari pemecatan tiga pegawai tertinggi Twitter, Elon Musk juga menyatakan hasrat untuk mengecilkan bilangan pekerjanya. Namun, tidak sehingga 75% tenaga kerja seperti yang diuar-uarkan oleh beliau sebelum ini.

Beliau juga menyatakan hajat untuk membawakan perubahan besar terhadap syarikat media sosial berkenaan. Antaranya melonggarkan peraturan pengawalan, menghapuskan bot-bot spam, selain turut mengenakan bayaran kepada pihak kerajaan dan korporat yang menggunakan Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge