Makan. Makan. Makan.

Kadang-kadang pening juga kan nak cari port makan best di KL ni. Mesti ramai yang nak cari restoran makan terbaik. Nak makan western ke, makanan Melayu ke, yang penting restoran yang selesa kita nak makan. Betul tak?

Jom, kali ni nak lepak makan di kawasan Danau Kota.

Terdapat banyak pilihan restoran di sini, tapi memang tertarik dengan Fatin’s Kitchen. Ia mempunyai keunikan tersendiri dengan suasana yang santai, bersih dan moden .

Kalau pasal menu wow memang rare diantara nya Nasi Lemak Rendang Rusa, Kambing bakar Mongolia Style, Nasi Lemak Ayam Kalasan dan banyak lagi . Patut lah Wow sebab disediakan bekas chef hotel yang sediakan masakan bertaraf 5 bintang.

Selain tu semestinya ada menu makan lain seperti caesar salad, mushroom soup dan banyak lagi.

Dengan sentuhan dekorasi terkini bersama menu masakan yang cukup enak, Fatin’s Kitchen memang sesuai untuk dijadikan tempat gathering korang.

Nak datang berdua, berempat atau ramai lagi pun boleh saja. Kerusi meja semua ada, selesa. Yang nak sambut birthday pun boleh jugak kat sini.

Hall Fatin’s Kicthen ni bertutup dan fully aircond. Selesa sangat. Jadi, boleh lah plan jika nak buat majlis dekat sini. Yang best kan, makan kat Fatin’s Kitchen ni ibarat makanan 5 stars tapi harga 2 stars.

Berpadanlah, dengan chefnya dulu berkhidmat di hotel 5 bintang. Pengalaman tu dibawa ke dapur Fatin’s Kitchen ni. Tu yang untungnya.

Sekarang ni, Fatin’s Kitchen juga ada sediakan pakej khas untuk mereka yang ingin membuat majlis ringkas di Hall Fatin’s Kitchen.

Mana lah nak tahu kan, ada yang nak buat Annual Dinner, Majlis Seminar, Majlis sambutan hari jadi, Gathering rakan sekolah ke, rakan pejabat ke… Nak makan-makan family pun best apatah lagi Candle Light Dinner.

Aku tengok ni servis yang bagus laaa. Restoran yang menyediakan dekorasi dan tarikan yang menarik untuk para pelanggan.

Nak datang ke Danau Kota ni pun senang. Pernah juga beberapa kali ke kawasan ni untuk beberapa tujuan lain. Restoran ni sebelah Hayaki je kalau nak tahu. Parkir pun banyak je.

Jadi, jika ada yang nak cari tempat makan best di Danau Kota, Kuala Lumpur, bolehlah ke Fatin’s Kitchen. Alamatnya di
No. 77G & 79G, Blok D Platinum Walk, Danau Kota, Setapak (Sebelah Hayaki jer)

Boleh follow social media diorang di :

Facebook page: https://www.facebook.com/fatinkitchenofficial
Instagram: @fatinkitchenhq

1 Comment

Leave a Reply to Galaksi Viral Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge