Site icon Geng Borak

Fenomena Hujan Meteor Perseids Malaysia 12 Ogos 2021

Hujan meteor perseids 2021

Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids yang berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan kemuncaknya dijangka akan berlaku lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021. 

Semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam. Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik.

Anda boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya. 

Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor ini di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

LIVE Meteor

Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Rakyat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena hujan meteor Perseids pada tahap maksimum dengan kadar 110 meteor sejam atau hampir dua meteor seminit pada Khamis ini (12 Ogos) bermula pada pukul 9 malam sehingga menjelang awal pagi 13 Ogos.

Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj Perseus yang terletak di langit sebelah Utara.

Saksikan cerapan fenomena ini secara langsung di Dark Sky Malaysia pada hari Khamis 12 Ogos 2021, pukul 8.00 malam.

Exit mobile version