Festival Bon Odori haram

Umat Islam dilarang menyambut sebarang sambutan perayaan agama lain yang membabitkan kepercayaan dan akidah. Larangan itu berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW serta lima prinsip maqasid syariah yang antaranya adalah menjaga agama, menjaga nyawa serta menjaga akal.

Mana-mana upacara sambutan perayaan agama lain yang melibatkan urusan kepercayaan dan akidah, maka tidak harus bagi umat Islam menyertainya dan terlibat dalam upacara berkenaan.

Ia termasuk perkara yang boleh menggugat keimanan seseorang Muslim dan umat Islam juga dilarang menyerupai golongan bukan Islam pada sudut yang melanggari akidah dan syariat. – Muhammad Najhan Shahir Halim (Yadim).

Festival Bon Odori

Perkara ini berhubung festival tahunan Bon Odori iaitu perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka yang dijangka diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), pada 16 Julai ini.

Penyertaan orang Islam dalam Festival Bon Odori boleh membawa kepada syirik.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata umat Islam tidak patut menyertai acara itu bagi memelihara kesucian pegangan agama. Acara ini mengingati roh atau semangat nenek-moyang yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik. Orang Islam mesti selalu menjaga kesucian kepercayaan mereka.

Mengingati roh nenek-moyang dengan menari, menyembah semangat mereka dan sebagainya tidak digalakkan dalam Islam. Ini boleh membawa dosa syirik kepada Allah.

Bon Odori festival

Bagaimanapun umat Islam diminta agar menghormati budaya serta kepercayaan agama lain dengan menjalani kehidupan yang aman damai dan Bon Odori adalah antara perayaan pelbagai agama yang hidup secara harmoni dan aman selama ia tidak mencampuri urusan umat Islam dan ajarannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan dan oleh itu umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertainya. – AlHijrah Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge