Orang Paling Kaya Malaysia 2022

Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10 peratus berbanding setahun lepas kepada AS$80.5 bilion manakala pengasas kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok masih menduduki tempat pertama.

Secara keseluruhan, 30 orang terkaya dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot.

Didorong sebahagiannya oleh pemulihan dalam permintaan domestik, ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022, mengatasi kesan pandemik serta kesan akibat banjir kilat yang berlaku Disember lepas.

Walaupun pasaran saham merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan lalu, turun naik mata wang menyaksikan ringgit merosot 6.0 peratus

Richest Malaysia
Gambar : Forbes

Robert Kuok kekal tempat pertama

Kuok kekal berada di tempat pertama walaupun kekayaannya merosot kepada AS$11 bilion daripada AS$12.2 bilion tahun lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi Syarikat Hong Leong (Malaysia) Tan Sri Quek Leng Chan meraih keuntungan tinggi dalam dolar dan menduduki tempat kedua individu terkaya Malaysia dengan kekayaan terkumpul sebanyak AS$10.1 bilion. Beliau menambah AS$500 juta kepada nilai kekayaan bersihnya sebanyak AS$9.6 bilion tahun lepas.

Tan Sri Koon Poh Keong dan adik beradiknya yang mengawal syarikat aluminium Press Metal Bhd kekal di tempat ketiga dengan AS$6.2 bilion (RM27.2 bilion), tidak berubah daripada setahun lalu.

Melengkapkan senarai lima individu paling kaya adalah Pengasas dan Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan AS$5.7 bilion (RM25 bilion) dan Ananda Krishnan yang mempunyai kepentingan dalam syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd serta penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd dengan AS$5 bilion (RM22 bilion).

Pembuat sarung tangan getah Malaysia yang merupakan antara yang meraih keuntungan tinggi tahun lepas, kini menghadapi cabaran. Permintaan untuk peralatan perlindungan diri merosot apabila kes COVID-19 berkurangan seterusnya menjejaskan saham syarikat.

50 Individu Terkaya Malaysia
Gambar : Forbes

Jumlah kekayaan berbilion USD

Jumlah kekayaan Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings (No. 11, AS$1.9 bilion) dan Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove (No. 14, AS$1.4 bilion) pula merosot paling banyak dalam dolar.

Pasangan suami isteri, Datuk Seri Stanley Thai dan Cheryl Tan daripada Supermax (No. 45) menyaksikan peratusan terbesar kejatuhan kekayaan mereka, berkurangan lebih dua pertiga kepada AS$340 juta.

Kekayaan kolektif kumpulan lima orang ini, yang termasuk Tan Sri Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries (No. 24, AS$740 juta) dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings (No. 30, AS$565 juta), turun lebih daripada AS$5.7 bilion.

Kekayaan yang dikongsi oleh adik-beradik yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian (No. 12, AS$1.6 bilion) mendapat kelebihan lebih daripada satu pertiga apabila saham syarikat mereka Batu Kawan dan anak syarikat perladangannya melonjak dengan peningkatan keuntungan.

jongkong emas

Farm Fresh Tersenarai Kali Pertama

Tan Sri Ling Chiong Ho (No. 36, AS$425 juta), salah seorang daripada dua orang yang kembali disenaraikan tahun ini selepas empat tahun apabila saham Sarawak Oil Palm, syarikat utama kumpulan Shin Yangnya, meraih keuntungan.

Sementara itu, penyenaraian bulan Mac bagi pengeluar tenusu Farm Fresh mendorong Loi Tuan Ee (No. 43) yang berkongsi kekayaan bersama dua adik-beradiknya, mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak AS$380 juta, syarikat tersebut disenaraikan buat kali pertama.

Farm Fresh yang diasaskan oleh Loi dan abangnya Loi Tuan Kin pada tahun 2007 dan seterusnya mendapat sokongan dana kekayaan negara Khazanah Nasional, memiliki lima ladang tenusu di Malaysia dan satu di Australia. Nilai bersih minimum untuk disenaraikan ialah $255 juta, turun daripada AS$315 juta pada 2021.

Berikut adalah senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia bagi tahun 2022 :

RankNamaNilai Bersih (USD)
1Robert Kuok$11 B
2Quek Leng Chan$10.1 B
3Koon Poh Keong & adik beradik$6.2 B
4Teh Hong Piow $5.7 B
5Ananda Krishnan$5 B
6Lee Yeow Chor & Yeow Seng$4.8 B
7Chen Lip Keong$2.7 B
8Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei$2.4 B
9Lim Kok Thay$2.35 B
10Lau Cho Kun$2 B
11Kuan Kam Hon & keluarga$1.9 B
12Lee Oi Hian & Hau Hian$1.6 B
13G. Gnanalingam$1.55 B
14Lim Wee Chai$1.4 B
15Syed Mokhtar AlBukhary$1.31 B
16Jeffrey Cheah$1.3 B
17Francis Yeoh & adik beradik$1.2 B
18Surin Upatkoon$1.05 B
19Tiong Hiew King & keluarga$1 B
20Ninian Mogan Lourdenadin$960 M
21Vincent Tan$905 M
22Cheah Cheng Hye$885 M
23Lim Peng Cheong & Peng Jin$790 M
24Lim Kuang Sia & adik beradik$740 M
25Tan Eng Kee$715 M
26David Kong$660 M
27Syed Azman Syed Ibrahim$650 M
28Lim Kang Hoo & keluarga$620 M
29Danny Tan Chee Sing$590 M
30Wong Teek Son & keluarga$565 M
31Azman Hashim$560 M
32Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming$550 M
33Wen Chiu Chi & keluarga$515 M
34Goh Peng Ooi$465 M
35Chu Jenn Weng$430 M
36Ling Chiong Ho & adik beradik$425 M
37Ngau Boon Keat$420 M
38Lim Han Weng & keluarga$415 M
39Gooi Seong Lim & family$405 M
40Patrick Grove$400 M
41Ong Leong Huat$395 M
42Loh Kian Chong$390 M
43Loi Tuan Ee & adik beradik$380 M
44Kong Chong Soon$345 M
45Stanley Thai and Cheryl Tan$340 M
46Desmond Lim Siew Choon$335 M
47Steven Siaw Kok Tong$305 M
48Wong Thean Soon$300 M
49Yong Pang Chaun$265 M
50Ng Chai Eng$255 M
Sumber : Forbes 8 June 2022

Mengatasi pasca wabak dan kesan banjir kilat pada bulan Disember, ekonomi Malaysia meningkat 5% pada suku pertama 2022, didorong sebahagiannya oleh pemulihan dalam permintaan dalam negeri.

Walaupun pasaran saham merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan yang lalu, turun naik mata wang menyaksikan ringgit jatuh 6%. Gabungan kekayaan 50 Individu Terkaya Malaysia turun 10% berbanding setahun lalu kepada $80.5 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge