Ketika dunia sedang giat memerangi penularan wabak pandemik Covid-19, barisan petugas hadapan Indonesia dilihat seperti sudah berputus asa.
Dengan ayat “Indonesia? Terserah!!!” menjadi trending di media sosial akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat di sana yang gagal mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan dalam membendung wabak Covid-19.
Selain kata kunci itu, tanda pagar #IndonesiaTerserah juga trending di media sosial dengan netizen Indonesia memberi komen, sindiran, dan menggunakan meme sebagai tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak endah kepada arahan pematuhan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac.
Tanda pagar itu dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei lalu dan disokong oleh pengguna media sosial yang lain di Indonesia.
Sindiran tersebut juga diberikan kepada pihak berkuasa Indonesia yang dilihat tidak memaksimumkan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam PSBB.
Presiden Indonesia, Joko Widodo juga pernah menyatakan bahawa kunci keberhasilan pengendalian penyebaran Covid-19 adalah disiplin diri.
Namun, pada masa sama, dipercayai terdapat juga gambar yang disunting dan mengelirukan rakyat mengenai pematuhan PSBB antaranya ialah gambar ambar penunggang motosikal yang bersesak ketika berlakunya banjir buruk di Jakarta pada awal tahun 2020.
Menurut jurucakap pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto Indonesia mencatat 1,391 kematian dan kes positif meningkat kepada 22,750 kes pada Isnin.
Setakat ini, Indonesia mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat Covid-19. -FMT
Semoga Malaysia tak sampai jadi macam ni..
JMR recently posted…Guna Kaedah 80:20 Uruskan Duit Raya Anak.
kalau kerajaan dah buat macam macam, tp rakyat tak patuh pun covid tak akan hilang. bukan main degil lagi. selalu ambil mudah
nikkhazami recently posted…Handphone Murah Bawah RM300 [Edisi 2020]