830Shares

Ingatkan gaji RM6,000 dah cukup tinggi, tapi rupa-rupanya dengan gaji RM6,000 hanyalah golongan B40 sekiranya kita tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Habis tu berapa gaji untuk B40, M40 dan T20 ini?

Tapi sebelum itu, ada dua kaedah yang digunakan untuk mengklasifikasikan gaji, iaitu dengan menggunakan median iaitu penengah di antara nombor terkecil dan nombor terbesar dalam satu siri nombor.

Kaedah kedua pula menggunakan purata, iaitu mencampurkan semua nombor di dalam satu siri nombor dan membahagikannya dengan bilangan yang ada.

Dengan menjadikan pendapatan seluruh Malaysia sebagai benchmark, golongan B40 di negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang berada di bawah paras penengah atau median ini.

Manakala di hujung lagi satu, mereka dengan gaji RM20,000 dan ke atas barulah tergolong di dalam T20 bagi mereka yang berada di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Dengan mengambil Malaysia sebagai penanda aras, mereka yang bergaji kurang dari RM3,152 dikategorikan sebagai golongan B40. Yang lebih mengejutkan, mereka yang bergaji di bawah RM6,000 di Putrajaya dan Kuala Lumpur pun tergolong juga sebagai B40.

Manakala di hujung lagi satu, mereka yang tergolong di dalam T20 di Kelantan, hanyalah sekadar golongan M40 di Selangor. Malah golongan T20 di Kelantan hanyalah tergolong di dalam B20 saja di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sumber Rujukan: Jabatan Perangkaan Malaysia

Jurang Yang Besar Di Antara Negeri Dan Juga Di Antara B40 dan T20

Di manakah silapnya? Bagaimana untuk merapatkan jurang di antara golongan B40, M40 dan T20 ini?

Susah juga nak menjawab persoalan ini, sebaliknya kita perlu fokus di dalam memantapkan lagi ilmu kewangan dan melibatkan diri dalam pelaburan agar kehidupan kita bertambah baik di masa hadapan.

830Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge