Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau GKP Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS di tujuh negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.

Baca juga : Mohon RM1,000 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Bantuan Untuk Peniaga

Semasa Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Soalan Lazim

  1. Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI?
    GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
  2. Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan?
    GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
  3. Berapakah amaun bantuan GKP Tambahan?
    Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
    – PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
    – PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
  4. Bilakah tarikh pembayaran GKP Tambahan akan dibuat?
    Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021.
  5. Bagaimanakah kaedah pembayaran GKP Tambahan akan dilaksanakan?
    Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Ini pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Bantuan Khas, PERMAI.

26 Comments

  1. GKP2. 0 saya tidak lulus. Oleh itu saya buat rayuan di Desember 2020. Sampai sekarang status rayuan saya masih :rayuan diprocess. Bilakah Keputusan dimaklumkan? Jika lulus, bila bayaran diberikan?

    1. Mcm mne bantuan 3000 k sye tak.dpat sebb mengunakan .acc sarikat permohonan dh di lulus kan tapi silap nya.guna acc sarikat jadi wang tak.dpt dikereditkan.

      1. Bagai mana dgn org2 yg belum pernah membuat permohonan..gpk 0.1 atau gkp0.2.. boleh kah kami memohon kerana sarat2 yg diberikan kami semua ada..

  2. Bilakah Keputusan rayuan GKP2.0 dimaklumkan dan bayaran dibagikan?
    Rayuan sudah dibuat di Desember 2020.

  3. Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat yang dikendalikan LHDN sebenarnya tidak adil untuk pelbagai rakyat Malaysia, kerana permohonan BPR akan ditolak serta-merta oleh LHDN, hanya kerana pemohon ada (pernah) data syarikat di SSM atau di PBT. sedangkan syarikat yang didaftarkan itu dahulu sudah tidak aktif selama lebih dari 3 tahun. belacan punya LHDN.

  4. Saya terlepas memohon GKP 2.0 yg lalu.
    Adakah saya masih layak lg utk memohon GKP 2.0

      1. Author

        Waalaikumussalam.. BPN dah tamat. diganti dengan BPR, Bantuan Prihatin Rakyat. boleh ke bpr.hasil.gov.my

  5. Mcm mne bantuan 3000 k sye tak.dpat sebb mengunakan .acc sarikat permohonan dh di lulus kan tapi silap nya.guna acc sarikat jadi wang tak.dpt dikereditkan.

  6. saya tak pernah memohon GKP tolong bantu saya.

  7. Luluskan dahulu rayuan gkp 2.0 baru nk bg permai ke apa ke.. dah beruban dok tggu keputusan.

  8. Saya dah buat rayuan, akan tetapi rayuan dalam proses. Bilakah tarikh bayaran rayuan tersebut? Sebab saya ingin memohon GKP PERMAI pula.

    1. Author

      Yang dapat GKP 1.0 dan 2.0 akan dapat GKP PERMAI atau GKP Tambahan ni

  9. Permohonan GKP 1.0 telah lulus tetapi bank akaun telah “Blacklist” dan bantuan RM3000.00 tidak dapat dimasukan dalam akaun.
    Sekarang saya telah dapat surat dari Pejabat insolvensi utk membuka bank akaun baru tetapi kemaskini GKP 1.0 telah tamat.
    Apa yang patut saya buat?

  10. saya da terlepas GKP yang dulu . sebab mula niaga oktober.. masih berpeluang kah saya utk mohon GKP 2.0

  11. Dear Sir/Madam, I here never apply the GKP last time. any chance to apply again for GKP 2.0 and pls update me on my email. i have SSM for my Enterprise Company…TQ.


  12. bagaimana kalau saya terlepas GKP 0.2 bolehkah saya mohon lagi kerana saya cukup syarat -syarat untuk menerimanya.

    1. Author

      Tiada lah buat masa ni. Sudah 1.0, 2.0, dan proses rayuan dilakukan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge