Rentas negeri antivaksin

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa kini akan terus digunapakai apabila kerajaan memberi kelonggaran bagi merentas negeri dalam tempoh masa beberapa hari akan datang.

Tidak lama lagi pasti akan diumumkan rentas negeri dibolehkan setelah sekian lama.

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan sebelum ini ada mengkaji saranan supaya golongan antivaksin diwajibkan untuk membuat ujian kendiri sebelum dibenarkan merentas negeri namun, perkara itu agak mustahil untuk dikuatkuasakan.

“Kita telah kaji cadangan tersebut, namun kita tak ada cara nak kuatkuasa cadangan tersebut, takkan nak ada sekatan jalan raya dan kita nak check setiap orang yang keluar, kalau tak ada vaksinasi kita suruh buat test dekat situ.

“Saya rasa rakyat akan jadi lebih marah kalau berlaku kesesakan jalan raya sebab mereka dah lama tunggu nak balik kampung tiba-tiba ada sekatan jalan raya.

“Ini bukan macam gelembung Langkawi yang mana jumlahnya tak ramai dan boleh dibuat test di lapangan terbang di Kuala Lumpur, ini jalan keluar masuk dari semua bandar atau negeri, jadi sangat mustahil untuk kita semak, cumanya SOP Majlis Keselamatan Negara yang sedia ada akan terus dipakai,” – KJ

KJ rentas negeri

Ops Patuh Untuk SOP Rentas Negeri

Walaupun kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk menghalang golongan antivaksin daripada merentas negeri, tindakan penguatkuasaan akan terus dilakukan untuk memastikan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi semua orang.

“Walaupun kita akan kata rentas negeri untuk mereka yang telah divaksinasi, tak ada cara nak kawal dan saya akui tak akan ada sekatan jalan raya.

“Tapi kalau mereka balik atau rentas negeri dan kemudian cuba makan di restoran, mereka tidak akan ada kebebasan.

“Itu cara kita boleh kuatkuasa SOP sedia ada, kita tak nak terlalu banyak SOP dalam hal rentas negeri sebab ramai dah tunggu,” YB Khairy Jamaluddin

Menurut Khairy, dia sudah meminta bantuan pihak polis untuk melaksanakan Ops Patuh bagi memastikan orang ramai tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Baca juga : Cara Mohon Pengecualian Vaksinasi Mysejahtera

SOP PPN Rentas Negeri

Polis akan terus ke kedai makan secara rawak untuk periksa sama ada pelanggan telah menerima vaksinasi atau tidak dan kompaun akan dikeluarkan kepada yang tidak patuh.

Ianya sudah pasti bagus dan perlu diteruskan serta diketatkan juga. Yang penting kita perlu tahu bagaimana ia merebak dan perlu jaga SOP.

Sementara itu, Khairy juga memaklumkan bahawa kementeriannya sudah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menurunkan harga kit ujian kendiri Covid-19.

“KPDNHEP dan KKM telah bincang supaya kita dapat turunkan lagi harga kit ujian kendiri dan kita mungkin akan umum dalam tempoh masa akan datang tapi ia akan ambil kira sedikit masa peralihan supaya pembekal yang sudahpun membeli ujian tersebut dapat jual supply yang sedia ada.

“Sebab kali terakhir kita turunkan harga ada antara mereka memberi pandangan bahawa tidak cukup masa nak clear stok sedia ada, jadi saya dah bincang dengan menteri KPDNHEP dan kita pun dah ada harga yang kita nak sarankan supaya jadi harga siling dan kita rasa ini adil kepada pengguna dan pembekal,” katanya.

–MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge