GrabPay Malaysia bekerjasama menyokong program kerajaan, ePemula untuk menggalakkan belia dan peniaga menggunakan kemudahan tanpa tunai terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh Malaysia.
Dengan program ePemula disasarkan bermula pertengahan April, Kementerian Kewangan memperuntukkan RM300 juta untuk memanfaatkan kira-kira dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun, termasuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Selain RM150 daripada kerajaan, GrabPay dan rakan kongsinya juga memberikan baucar tambahan bernilai RM210 yang boleh digunakan untuk membeli-belah dalam talian.
Ini adalah tepat pada masanya kerana pihak menuntut kemudiannya boleh memanfaatkan jualan dan promosi Ramadan dan Hari Raya untuk membeli-belah pakaian, makanan dan keperluan perayaan mereka yang lain.
Sejak pelancaran e-dompet GrabPay, banyak kerjasama dengan rakan kongsi dan agensi kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan transaksi tanpa tunai dan menyediakan perkhidmatan kewangan yang selamat, telus dan inklusif di seluruh negara.
Grab juga telah membantu beribu-ribu perniagaan mikro, kecil dan sederhana beralih ke dalam talian dan menerima pembayaran tanpa tunai sebagai cara untuk mengatasi sekatan kawalan pergerakan.
Ketika negara beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara ramai berharap perniagaan akan dapat memperoleh semula jualan luar talian mereka, sambil masih meraih faedah ekonomi digital.
Penuntut yang layak boleh memaksimumkan penjimatan mereka untuk setiap perbelanjaan dengan tawaran lain daripada Grab. Pengguna Grab yang sedang melanggan GrabUnlimited sudah pun boleh menikmati penjimatan lebih daripada RM300.
Selain itu, GrabRewards untuk setiap transaksi GrabPay boleh digunakan untuk menebus baucar diskaun atau untuk pembayaran masa hadapan. Ini bermakna mereka bukan sahaja menjimat daripada perbelanjaan hari ini tetapi juga perbelanjaan masa hadapan.
Penuntut yang berjaya menuntut melalui GrabPay juga akan berpeluang menjadi sebahagian daripada program latihan internship Grab Malaysia.
Sebanyak 67% daripada rakyat Malaysia mempunyai akses digital melalui langganan telefon mudah alih dengan 83% daripada mereka menggunakan pembayaran digital melalui e-dompet mudah alih. Sejak pandemik ini, 55% daripada rakyat Malaysia mendakwa mereka kini boleh bertahan selama lebih daripada seminggu tanpa sebarang wang tunai.
Ini boleh dikaitkan dengan pertumbuhan pilihan pembayaran tanpa tunai seperti pembayaran QR dan e-dompet yang digunakan rakyat Malaysia untuk pembayaran bil, barangan runcit, membeli-belah di kedai runcit dan serbaneka, dan pembelian makanan.
Ini disahkan lagi oleh laporan Bank Negara baru-baru ini yang menunjukkan bahawa transaksi e-dompet telah meningkat lebih daripada 70% pada 2021 berbanding 2020.
Sebelum ePemula, GrabPay juga menyokong usaha lain diterajui kerajaan seperti ePenjana, SMO dan ReDi untuk mendigitalkan beribu perniagaan kecil dan membantu mereka menerima ekonomi digital sambil menggalakkan perbelanjaan pengguna.
Untuk maklumat lanjut tentang GrabPay dan ePemula, sila klik DI SINI.