Site icon Geng Borak

Guna RFID, Raih Hadiah Tambah Nilai RM20 & 10,000 Mata Ganjaran PLUSMiles!

rentas negeri PPN

Malaysia kini berada di dalam fasa endemik dan sempadan telah pun dibuka. Dengan hari Raya yang bakal menjelang, sudah semestinya lonjakan trafik bakal berlaku betul tak?

Apatah lagi bila dah 2 tahun kita tidak beraya bersama dek kerana sekatan pergerakan ketika pandemik Covid-19! Mesti semua excited nak balik kampung!

Anda taukan lebuhraya PLUS boleh guna RFID? Anda boleh pilih mod pembayaran RFID dan nikmati ganjaran!

PELUANG DAPATKAN RM20 TOUCH’N GO RELOAD PIN NI BILA ANDA GUNA RFID HARI-HARI

Anda perasan tak makin ramai orang guna RFID sekarang ni? Anda pun kena lah mula gunakan RFID juga!

Bermula dari 8 April sehingga 2 Jun 2022, pelanggan RFID berpeluang untuk dapat pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20!

PLUSMILES TAWAR 10,000 MATA GANJARAN RAYA

Bagi yang dah selalu guna mata ganjaran PLUSMiles ni mesti anda tahu apa yang anda boleh dapatkan dengan mata ganjaran tersebut kan?

Macam-macam boleh diredeem! Termasuklah kredit TNG e-wallet sebanyak RM50!

Jadi kalau anda combinekan hasil kemenangan anda iaitu pin tambah nilai RM20 dan redeem TnG e-wallet sebanyak RM50 menggunakan mata ganjaran PLUSMiles ni, anda akan dapat RM70! Kos pasang tag RFID pun cover, siap ada balance untuk berbelanja!

Paling best, bukan seorang atau 2 orang, tetapi 10 orang pengguna yang bertuah akan dipilih setiap hari sebagai pemenang berdasarkan kekerapan mereka menggunakan semua lebuhraya PLUS dan menggunakan RFID sebagai mod pembayaran.

Ada lebih daripada 5 juta mata ganjaran bakal diberikan! Bukan sikit-sikit tau.

SEMUA PLAZA TOL AKAN ADA SEKURANG-KURANGNYA 1 LORONG RFID

Untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung anda berjalan dengan lancar, pihak PLUS menggalakkan untuk guna mod pembayaran RFID yang akan berada sekurang-kurangnya 1 lorong di setiap plaza tol.

Memang best guys kalau guna RFID ni, lagi best sebab nak top-up pun boleh guna e-dompet je! Tak payah susah-susah cari tempat nak berhenti untuk tambah nilai. Lagi lambat anda sampai ke kampung halaman nanti.

Selain itu, anda tak payah risau kalau RFID anda tak ada bateri atau memerlukan sebarang alat. Anda hanya perlu tampal je sticker RFID tersebut di bahagian depan kereta dan aktifkan dan linkkan ke akaun Touch ‘n Go e-wallet anda. Dah boleh guna!

Jadi apa tunggu lagi? Nak dapat ganjaran pun dah cukup mudah, jom tukar ke sistem RFID hari ini! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ni, anda boleh ke laman web PLUS di rfid.plus.com.my

Selamat pulang ke kampung halaman!

Exit mobile version