Masjid shah alam

Selangor membenarkan seramai 1,000 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) sepanjang Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, bagi masjid-masjid lain pula, seramai 500 jemaah ditetapkan bagi menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi satu edaran dalaman dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berkuatkuasa pada Rabu sehingga satu tempoh ditentukan kelak.

masjid shah alam online

Selain itu, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong: Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya; dan masjid institusi pula masing-masing ditetapkan seramai 500 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat Jumaat manakala 300 jemaah bagi solat lima fardhu lima waktu.

Masjid pengurusan pula ditetapkan seramai 400 jemaah bagi solat Jumaat dan 300 bagi solat fardhu lima waktu.

Bagi surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat, seramai 250 jemaah termasuk pentadbir masjid dibenarkan bagi solat Jumaat dan sebanyak 200 jemaah pula bagi solat lima waktu. Surau kariah dan musolla pula ditetapkan seramai 100 jemaah termasuk pentadbir bagi solat lima waktu.

Solat jemaah Selangor

Sultan Selangor telah membuka ruang yang seluasnya kepada seluruh jemaah dengan kelonggaran yang diberikan ini dan ia sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Baginda bukan sahaja berkenan tingkatkan jumlah jemaah bagi solat Jumaat malah turut membabitkan solat fardhu agar semua jemaah dapat penuhkan masjid,”

Masjid dan surau juga dibenar menerima jemaah bermusafir atau pemandu e-hailing dan penghantar makanan. Jemaah bukan warganegara yang dikenali dan melazimi hadir ke masjid atau surau boleh dipertimbangkan.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak diberi penekanan dengan jemaah hanya dalam kalangan ahli kariah yang tinggal bermastautin dalam kawasan dan perlu lengkap dua dos vaksin Covid-19 serta melepasi tempoh inkubasi ditetapkan.

Program mengimarahkan masjid dan surau dibenar dilaksana, antaranya kuliah Subuh, kuliah Dhuha, kuliah Maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, halaqah tadarus dan tadabbur Al-Quran, kuliah muslimat, bacaan Yasin dan tahlil serta program munajat dan doa.

Bagaimanapun, jamuan selepas majlis dan penyediaan secara hidang tetap tidak dibenarkan.

1 Comment

Leave a Reply to Sis Lin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge