Site icon Geng Borak

Hak Pekerja Dalam Islam, Ini Yang Perlu Ambil Berat

Kerja kosong jobstreet

Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Bermula daripada bangun tidur hingga kepada tidur semula telah dijelaskan oleh syariat Islam. Begitu juga daripada perseorangan dan individu hingga kepada mentadbir urusan negara dibincangkan oleh agama Islam.

Isu bekerja adalah antara ikhtiar manusia meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna berbanding dengan makhluk-makhlukNya. Konsep serta nilai murni pekerjaan juga amat dititiberatkan oleh oleh Islam

Islam menyeru umatnya untuk bekerja dalam meneruskan kehidupan seharian. Namun demikian penekanan terhadap punca rezeki atau mata pencarian yang halal adalah menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam.

Hal ini kerana, setiap apa yang menjadi rezeki atau yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طلَبَ الدُّنْيَا حلاَلاً اِسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ وَسَعْيًا عَلَى اَهْلهِ وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ. وَمَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلاَلاً مُكَاثِرًا مُفَاخِرًا مُرَائِيًا لَقِىَ اللهَ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانٌ

Maksudnya“Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri dari berminta-minta, dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya, akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat dengan mukanya bagaikan bulan purnama, dan siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong, akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedang Allah murka padanya.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890), Ahmad (2/436), Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (7/16) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Berkenaan dengan hak pekerja yang mesti diberikan oleh majikan, antara lain ialah:

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

Maksudnya“Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya.”

Riwayat Ibn Majah (2443), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (11988)
dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir (34)

Imam al-Munawi berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja sedangkan tidak ada kekangan untuk segera menyerahkannya. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, ketika para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” (Lihat Faidh al-Qadir, 1/718)

Walaupun begitu penggajian boleh juga berdasarkan kesepakatan antara pekerja dan majikan sama ada dibayar mengikut harian, mingguan atau bulanan. Ada juga dibayar dalam bentuk sekali gus dan ada juga yang mengikut jam. Oleh itu, jika hal seperti ini sudah disepakati, maka ia hendaklah ditunaikan mengikut kesepakatan tersebut.

Sesungguhnya Islam sangat menitik beratkan kebajikan seorang pekerja serta memberi peringatan keras terhadap majikan yang menzalimi pekerjanya.

Kemudahan kesihatan juga perlu diambil kira melalui Takaful dan sebagainya.

Hak untuk berpersatuan bagi membela dan memperjuangkan hak mereka hendaklah dibenarkan selama mana tidak membawa kepada unsur negatif.

Tidak membebankan pekerja di luar kemampuannya sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu melakukan tugas dengan sebaiknya. Jika terpaksa dilakukan, maka bantulah mereka.

Alangkah baiknya jaringan hubungan antara pekerja dan majikan diperkukuhkan. Ini akan menatijahkan rasa selesa dan seronok ketika bertugas dan bekerja di samping meningkatkan produktiviti yang baik.

Pekerja sewajarnya mengikhlaskan diri kepada Allah di samping mendapat kelebihan dunia dengan gaji dan sedikit nikmat dan lebih besar dari itu memperoleh pahala di sisi Allah SWT. Ini akan menjadikan segala urusan kehidupan diserahkan kepada Allah untuk mendapat dan meraih keredaan Allah SWT.

Exit mobile version