Site icon Geng Borak

Hanya Sempat Laungkan Dua Rangkap Azan, Kematian Lelaki Ini Dicemburui

Ambulans subuh

Bagaimana pengakhiran hidup kita kelak? Apa bekalan yang akan dibawa? Itu semua yang akan bermain difikiran apabila mendengar berita akan kematian seseorang. Lebih-lebih lagi jika kematian itu adalah kematian yang sangat dicemburi oleh semua orang.

Lagi cemburu apabila ajal seseorang dijemput saat sedang melaungkan azan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat Subuh.

Perginya dicemburi

Berita itu dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor, apabila salah seorang ahli jemaah surau dijemput Ilahi saat melaungkan azan subuh pagi tadi.

Allahyarham juga dikatakan tidak sempat menghabiskan laungan azan tersebut dan hanya sempat sehingga ke rangkap kedua sahaja.

Tak sempat habiskan azan

Dikenali sebagai Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, Allahyarham meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah sebelum rebah.

Menurut salah seorang jemaah surau, malam tadi Allahyarham bersungguh-sungguh menjayakan kenduri kesyukuran malah dia juga memberanikan diri untuk melaungkan azan subuh sedangkan beliau bukan bilal surau tersebut.

Innalillahiwainailahirajiun…

Berikutan itu, rata-rata warganet mengucapkan salam takziah atas kepergian insan bertuah itu malah diharapkan keluarga Allahyarham terus tabah.

Semoga agar roh Allahyarham diletakkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat syurga yang tertinggi di akhirat kelak.
Baituljannah

Exit mobile version