Musang King RM23

Perang harga yang dilakukan peniaga durian berjaya menarik le­bih ramai pembeli terutamanya dari Lembah Klang. Ramai yang bertandang ke daerah Bentong bagi menikmati keenakan raja buah kayangan itu. Harga Durian Musang King RM23 Sekilogram yang ditawarkan, pastinya dicari penggemar durian.

Untuk rekod, musang king pernah dijual pada harga tertinggi iaitu RM90 sekilogram.

Sesetengah peniaga pula masih mengekalkan harga musang king iaitu RM35 seki­logram ke bawah untuk gred B. Dan bagi durian kampung pula dijual tidak melebihi RM15. Terlalu banyak gerai dibuka di sepanjang jalan di dae­rah ini hingga berlakunya persaingan penurunan harga.

Seorang peniaga, Tengku Rez­za, berkata, harga durian yang dijual di gerainya adalah berdasarkan kepada harga semasa daripada pekebun.

Bagi musang king harga pada masa ini adalah RM23 sekilogram berbanding RM33 pada dua minggu lalu.

Durian Musang King

“Saya jual berdasarkan harga harian, setakat ini ia menyaksikan trend penurunan harga dan buah yang ada juga dijamin. Kalau tak elok boleh tukar.

“Sambutan yang saya terima amat menggalakkan khususnya musang king dan kampung yang dilihat menjadi pilihan pembeli masa ini,”. – Tengku Rezza

Selain menjual terus kepada pelanggan runcit, tempahan borong daripada individu termasuk dari Lembah Ke­lang juga diterima. Jualan begitu laju sehingga dia boleh menghabiskan 10 bakul durian dalam tempoh dua jam.

“Sebenarnya buah cepat ha­bis, saya juga sering menerima tempahan daripada orang ramai yang mahu merasa keenakan durian Pahang.

“Tidak rugi pun saya menjual dengan harga yang murah kerana saya mahu semua orang mampu merasa buah durian ini,” katanya.

Seorang lagi penjual, Dylan Tho, berkata, sambutan penggemar durian Pahang amat menggalakkan, baru masuk minggu kedua musim buah berke­naan bermula.

Katanya, dia yang menjual musang king RM35 sekilogram berkata, kemungkinan harga akan turun lagi ekoran berlaku lambakan pada masa terdekat.

“Sambutan memang agak baik pada masa ini dan ia akan turun lagi bermula minggu hadapan. Buah yang saya jual memang terjamin kualitinya kerana dita­nam di Pahang,” katanya.

Baca juga : 7 Mitos Makan Durian, Fakta atau Auta?

Durian isi kuning

Sementara itu seorang penggemar durian, Mohd. Khairul Abdullah, 44, berkata, trend penurunan harga durian musang king membuatkan penggemar raja buah menikmatinya dengan lebih puas.

Katanya, dia sentiasa memantau harga durian setiap hari daripada beberapa penjual dan mengambil peluang membeli dengan harga yang murah.

“Alhamdulillah penjual dilihat menurunkan harga dan harga berbeza setiap hari. Jadi ia memberi peluang saya membeli de­ngan harga lebih murah,” katanya yang berasal dari Karak di sini.

Ramai yang sering datang ke sini untuk mendapatkan durian musang king pada harga yang lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Ini kerana lebih yakin dapat membeli buah durian Pahang yang dikatakan lebih sedap daripada tempat lain. Biasanya penggemar durian datang pada hari biasa kerana ia lebih murah berbanding hari minggu. -Kosmo

7 Comments

  1. Ktmana tmptnya….teringin nk turun beli kalau harga mcm tu…share2 lh lokasi tmptnya….hanya dpt baca shj tanpa lokasi..xde makna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge