Pasangan Suami Isteri

Siapa pun pasangan kita, seharusnya bersyukur kerana dia menerima dan memilih kita sebagai teman hidupnya. Walaupun tak mampu mencukupi segala kemahuan, tetapi dia orang yang cuba berikan segalanya.

Sebagai seorang isteri mahupun suami, jangan sia-siakan saat bersama pasangan ini. Boleh jadi tak akan jumpa orang yang sepertinya lagi selepas ini. Boleh jadi dia saja yang sanggup terima segala baik buruk diri kita.

Dalam perkahwinan ini memang tak boleh lepas dari salah faham, pertengkaran serta konflik lain. Namun begitu, jangan disebabkan perkara ini, kita lupakan segala kebaikan dan kasih sayang pasangan terhadap diri.

Bila sudah berkahwin, isteri itu akan jadi tanggungjawab suaminya. Di mana, suamilah tempat isteri berlindung, berkongsi kisah hati, tempat bermanja serta pelbagai lagi. Suami itulah orang yang paling isteri percaya dalam apa jua keadaan.

Hubungan suami isteri

Sebagai seorang suami jangan lupa akan tanggungjawab serta amanah yang anda janji kepada ibu bapa isteri serta lafaz akad yang diucapkan pada hari pernikahan kalian. Jangan mudah untuk merasakan isteri anda itu beban dengan hanya kerana terpaksa memberinya nafkah dan pelindungan.

Isteri ini pembawa rezeki buat suaminya, teramat rugi jika anda merasakan mereka ini beban buat diri anda. Jika kita anggap isteri tu bebanan, maka kita akan terbeban.

Sebenarnya isteri bukan bebanan suami, isteri adalah tanggungjawab suami. Bila kita berkahwin, ALLAH bukan membebankan kita orang lelaki yang jadi suami ni untuk menanggung isteri dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan serta perlindungan.

Baca juga : 17 Petanda Seseorang Lelaki Itu Sedang Jatuh Cinta Dengan Anda

isteri membebel
Gambar sekadar hiasan

Jika kita menganggap isteri itu hak kita dan kita boleh buat apa saja terhadapnya seperti mengabaikan dirinya, tidak bertanggungjawab terhadapnya, melukakan hati dan perasaannya, menganiayai dan memukul dirinya, maka disitu kita silap.

Perbuatan kita terhadap isteri itu boleh menyebabkan kita ke neraka.

Sebab ALLAH tidak mengamanahkan seorang isteri kepada seorang suami untuk didera, dianiaya, dizalimi dan dideritakan. Itu bukan tujuan sesebuah perkahwinan dibenarkan, sesebuah hubungan dihalalkan dan sesebuah rumahtangga didirikan.

lembutkan hati pasangan

Kena ingat, isteri tu amanah. Bila amanah, maka kita kena jaga dengan baik-baik, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, bagi segala kewajipan yang kita patut bagi kepadanya. Baru amanah itu kita pegang dengan sebaiknya dan baru kita boleh masuk syurga…

Jangan sesekali pernah rasa terbeban dengan adanya isteri. Isteri bukan bebanan dan jika isteri itu satu bebanan, maka hiduplah sendirian.

1 Comment

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge