Penghijrahan penyanyi Mizz Nina sejak lebih 10 tahun lalu masih menjadi inspirasi kepada ramai wanita.
Malah, perubahan drastik dalam diri isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu dianggap menjadi teladan terbaik dalam kalangan warganet kerana tiada kontroversi membabitkan dirinya selepas penghijrahan itu.
Perkongsian pengguna akaun Facebook Izzlara Mungawan mengenai keperibadian Mizz Nina tular di media sosial.
“Saya memuji Mizz Nina dalam penghijrahannya. Dia berubah menjadi orang baharu. Anak kepada salah seorang ‘tycoon’ Malaysia, kalau nak diikutkan segala macam jenis kontroversi dia boleh bikin (buat). Namun, saya tidak pernah mendengar apa pun khabar angin panas sewaktu penghijrahan beliau. Syabas Nina! Kadang-kadang yang terbaik adalah lebih ‘mahal’ daripada ‘murah’.
“Nak hijrah itu sangat dituntut namun usahlah kerana hijrah kita itu, membuka sejuta pintu fitnah. Seharusnya kita membendung dan memelihara diri dari membuka lorong-lorong fitnah sama ada untuk diri kita mahupun orang lain.
Nina berkahwin dengan Noh, bukan dalam kalangan ‘alim ulama’ yang 24 jam kata-katanya penuh dengan hadis dan al-Quran, namun Noh menjaga dan mendidik Nina menjadi seorang isteri yang jauh solehahnya. Dia mempunyai segalanya tetapi dia tidak pernah membawanya ke jalan yang salah.
Menerusi hantaran sama, Izzlara menyifatkan dakwah yang dibawa Mizz Nina menjadi ikutan ramai.
Dakwahnya menjadi ikutan. Dakwahnya ada kelas. Dakwahnya mengajak dan buat orang merasa terpanggil. Dakwahnya berkualiti walaupun hujahnya bukan disulami bahasa al-Quran dan hadis.
Elakkan sebarang kontroversi dan sebagainya agar dakwah itu sampai. Buat kesekian kalinya, satu demi satu Allah buka keaiban hamba-Nya yang melampaui batas. Secara sengaja mahupun tidak, keaiban itu dibuka sendiri tanpa paksa.
Allah kurniakanlah dia hidayah, bagaimana sewajarnya tindakan seorang yang berpengaruh dan menutup rapat auratnya. Bukan sebaliknya Kau membuka keaibannya di saat dia sendiri tanpa sedar membuka aibnya.
Semoga Allah berikan kita semua hidayah dan tahu bertindak mengikut iman bukan nafsu.
Baca juga : SAYA MAHU JUMPA SUAMI DEKAT AKHIRAT – KISAH HIJRAH ZILA BAKARIN
2009 :- I still did not know how to read Alif Ba Ta. I only memorized Al-Fatihah & 3 Qul. I only started learning to read at 33. SubanAllah! Never would I have imagined, I would be in a totally different space 2day internally & externally, Allah guided me back to practicing Islam & now I’m studying a Ta’leem Al- Quran diploma course, doing da’wah & talks. SubhanAllah. Alhamdulilah for these blessings!
Lesson :- it is never too late to learn the Quran! U need to be determined to make that change & effort for Allah. Aloooot has changed and I pray that Allah will continue to guide us on the straight path and up the ladder of self improvement for life in dunya & akhirah Ameen.
Mizz Nina juga ceritakan pengalamannya 10 tahun yang lalu apabila dia tidak tahu membaca abjad dalam Al-Quran melainkan surah Al-Fatihah dan 3 Qul. Dia juga telah mengambil inisiatif untuk masuk kelas dan belajar membaca Al-Quran.Masih tidak terlambat untuk belajar membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Semoga dengan perkongsian dari Mizz Nina ini dapat kita menjaga hubungan dengan Allah. Inshaallah. Sumber: MizzNina
Memang terkadang yang masuk Islam karena hidayah, dia akan maksimal mempelajari Islam. Beda dengan seseorang yang sudah Islam sejak lahir. Tapi, semua kembali kepada diri pribadi masing2. Semoga Beliau tetap selalu istiqomah.
Dwi Wahyudi recently posted…Illipe Nut Butter, Potensi Sumber Daya Alam Kalimantan yang Terlupakan