che ta

Kita sudah dalam fasa memasuki endemik untuk wabak covid-19 ini. Sedar tak sedar, dua tahun ini paling ramai orang menggunakan pelitup muka. Saban hari ada yang terpaksa keluar bekerja, urusan ke sana dan ke sini membeli barang keperluan. Sudah tentu menggunakan pelitup muka yang banyak setiap hari. Tidak dinafikan, di pasaran sememangnya banyak jenis, rekaan dan warna untuk pelitup muka ini. Kali ini apa kata kita bersama dengan Himaya Face mask.

Himaya Face mask telah mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). Pelitup muka Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa dan tidak hairanlah jenama pelitup muka ini telah diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA).

Atas permintaan ramai, terkini Himaya telah melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan telah melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan selaku dutanya.

che ta cantik

Himaya Face Mask ‘matching’ dengan Baju

Bagi wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan, semestinya Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.

Pelitup muka Himaya yang memang sesuai untuk wanita berhijab adalah pilihan terbaik Che Ta kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan dapat menjaga keselamatan diri.

“Memakai pelitup muka sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu. Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain,” -Che Ta

Dah jadi seperti aksesori pula pelitup muka ni, kena ‘matching’ dengan warna baju. Baru kena tema Berani Itu Jelita.

che ta pakai facemask

Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA

Bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021.

Datuk KK Chua berkata, kanser payudara adalah kanser paling lazim dideritai wanita di negara ini, khususnya yang berusia antara 45 hingga 64 tahun. Namun masih ada yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu pada peringkat terawal untuk mendapatkan rawatan.

Peningkatan kesedaran membolehkan barah payudara dikesan lebih awal dan lebih mudah diubati sekali gus mengurangkan stigma yang berkaitan penyakit ini.

Owner Himaya

Produk ini diperbuat daripada fabrik bukan tenunan premium gred perubatan untuk pernafasan yang lebih mudah, selesa dan mengurangkan iritasi. Dengan ≥98% BFE (kecekapan penapisan bakteria) dan ≥98% PFE (kecekapan penapisan zarah) yang berfungsi untuk menghalang bakteria, pencemaran, debunga, habuk serta titisan cecair hidung dan mulut dari persekitaran anda.

Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA.

Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman Shopee: Himaya Flagship Store dan website: himaya.international sahaja.

Pembelian itu juga hanya untuk Himaya Face Mask warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’. Lekaslah beli di dua laman tersebut dan ada juga promosi :

Beli 2 kotak, dapat 1 botol hand sanitiser 70ml percuma.
Beli 6 kotak, dapat 1 tote bag esclusive Himaya.

(1 kotak termasuk warna blush rose, sementara stok masih ada)

himaya facemask blush rose

Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini apabila dengan setiap pembelian Himaya Face Mask berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Lakukan pemeriksaan payudara berkala dan apabila anda berusia 40 tahun ke atas, lakukan memogram. Kanser masih boleh dirawat di peringkat pertama dan peringkat kedua. Tetapi apabila ia telah dikesan pada peringkat ketiga dan peringkat keempat, ia mengambil masa yang lama untuk dirawat.

Sumbangan dana kepada MAKNA sepanjang hampir dua tahun pandemik COVID-19 turut terjejas. MAKNA memahami situasi yang berlaku dikalangan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan dahulu. Lebih kurang 10,000 pesakit kanser dikalangan golongan B40. MAKNA akan membantu sehingga mereka tidak risau untuk pergi melakukan rawatan berkali-kali dan berkala.

Kempen Makna

Kanser hadir mungkin dari faktor keturunan, genetik, atau gaya hidup yang tidak sihat. Jadi kena jaga kesihatan diri, kesihatan mental, kawal pemakanan dan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala.

Bagi kita yang masih ada ini, jagalah kesihatan walau di mana berada. Bukan untuk wabak covid-19 sahaja, malahan banyak lagi penyakit yang perlu kita awasi dan yang paling penting kita tahu cara untuk mencegahnya daripada awal.

Dapatkan Himaya Face Mask untuk diri dan keluarga mahupun kawan-kawan. Pelbagai warna yang cantik dan yang bagus sekali kalian membeli serta menderma kepada MAKNA.

Bagi menyokong dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari :

https://www.himaya.international/
https://www.facebook.com/himaya.my
https://www.instagram.com/himayamy/

https://makna.org.my/
https://www.facebook.com/maknacancer/

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge