i-Lindung KWSP direka khas untuk memastikan keluarga anda terpelihara sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh. Pelan tersebut menawarkan perlindungan kewangan dan ketenangan fikiran mengikut kemampuan anda, dengan kadar yang sangat berpatutan

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk takaful atau insurans daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Syarat Kelayakan i-Lindung KWSP

  1. Mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun 2;
  2. Warganegara Malaysia; dan
  3. Pengguna i-Akaun (Ahli).

Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Penyakit Kritikal

Premium atau sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya atau umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.

Buat masa ini, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.

Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi sijil anda.

i-Lindung KWSP

Cara Permohonan i-Lindung KWSP

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli) – https://www.kwsp.gov.my/
  2. Klik pada tab i-Lindung
  3. Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT
  4. Lengkapkan maklumat di portal SIT
  5. Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP
  6. Penerimaan penyata maklumat dari SIT

Ada beberapa syarikat yang anda boleh pilih

  1. FWD
  2. Etiqa
  3. Prudential BSN
Contoh : Umur 41, Lelaki, Tidak Merokok. RM380 setahun gunakan daripada akaun 2 KWSP

Bagi orang muslim, pastikan pilih produk takaful. Harga mengikut umur, jantina, merokok atau tidak. Jenis takaful ini ialah jenis standalone. Tiada investment atau simpanan.

Penamaan adalah penting untuk melindung orang yang tersayang dan memastikan mereka menerima manfaat seperti yang anda inginkan tanpa sebarang kelewatan. Tanpa penamaan, manfaat di bawah polisi/sijil akan dibayar oleh SIT kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah.

Ianya untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa. Adalah penting bagi penama mengetahui polisi/sijil yang dibeli oleh anda.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge