Infaq beras ashraffi

Sedekah, Infaq, Wakaf.

Tiga perkara yang sentiasa bersama kita dan perlu kita ketahuinya serta amalkan.

Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Manakala, Infaq menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. Manakala waqaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu. Dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta tersebut.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 3, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.”

Wang Bantuan

Pondok Motivasi Hamlatul Quran (PMHQ) yang diasaskan pada 3 Mac 2013 terbuka kepada kanak-kanak dan remaja yang ingin mendalami al-Quran. PMHQ bertapak di Kampung Blok J, Sawah Sempadan, Tanjung Karang ini mendapat dana hasil sumbangan orang ramai.

Di sini tempat di mana anak-anak yang mempunyai krisis keluarga dan kemiskinan. Ada hampir 60 orang yang berumur 7 hingga 20 tahun kesemuanya di sini. Tanpa mengira latar belakang sosial dan kemampuan ekonomi, PMHQ memilih untuk mengutamakan misi membantu anak-anak tahfiz meningkatkan kualiti sahsiah diri melalui Pendidikan al-Quran.

Di PMHQ, pelajar-pelajar ditekankan bukan semata-mata hafazan al-Quran, tapi menerapkan nilai motivasi dalam diri supaya mereka cemerlang dunia serta akhirat

Pondok Motivasi Hamlatul Quran
Ustaz Ashraf Suarin

Ustaz Mohd Ashraf Suarin Al-Muqri selaku pengasas pondok pengajian Al-Quran PMHQ ini lebih cenderung mendidik kecintaan kepada Al-Quran dalam jiwa anak-anak kecil ini. Ini wajib dilakukan supaya mereka tidak berhadapan dengan tekanan pada masa akan datang.

Kita tidak boleh mengeluh, perlu reda dengan apa yang dihadapi, usaha sedaya upaya, dan bersangka baik dengan ALLAH.

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Hadid ; Ayat 20)

Maafkan Kami Doakan Kami

Ramai yang terkesan akibat PKP yang dilaksanakan tidak terkecuali di maahad-maahad tahfiz. PONDOK MOTIVASI (TAHFIZ) HAMLATUL QUR’AN ingin mengumumkan tahfiz ini telah mengeluarkan produk BERAS ASHRAFFI bagi menampung kos operasi tahfiz dan menyahut seruan Buy Muslim First.

Saya memohon jasa baik tuan puan untuk membantu usaha kami dengan membeli BERAS ASHRAFFI. Jika tuan puan ada lebihan rezeki boleh juga menginfaqkan dengan membeli beras. Beras yang tuan puan beli akan kami sumbangkan kepada rumah anak-anak yatim, maahad tahfiz, rumah warga emas & para asnaf.

HARGA BERAS ASHRAFFI:
5KG: RM 15.00
10KG: RM 29.00
1 Guni (50KG): RM 145

Hubungi Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin +60136328852
Whatsapp: http://www.wasap.my/60197354255/BerasAshraffi

Maybank
562133501515
Iman Ashraffi Resources

Membeli di Shopee: https://shopee.com.my/pmthq
Facebook Page : Pondok Motivasi Hamlatul Quran – Lilbanin Wa Lilbanat

Perkhidmatan COD sampai depan rumah disediakan sekitar Meru, Bukit Kapar & Puncak Alam.

Infaq Beras Ashraffi
Beras Ashraffi untuk Infaq

Mudah dah waktu sekarang ini. Boleh dibuat hanya di hujung jari, pastikan yang bermanfaat dan dapat memberi manfaat kepada seramai ummat. Jika ada persatuan, pertubuhan, NGO nak beli beras ini untuk sumbangan dan bantuan juga dialu-alukan.

Kita sebagai umat Islam mainkan peranan masing-masing. Simpan nombor akaun Maybank
562133501515 Iman Ashraffi Resources
dan buatlah sedekah subuh. Tidak banyak, sedikit pun dapat membantu. Biar sedikit tapi berterusan. Niatlah hajat kita, moga ALLAH makbulkan.

Beras Ashraffi Infaq

Terima kasih kerana kongsi artikel ini.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge